Assalamualaikum…
sedar tak sedar waktu seminggu cuti kat rumah dah pun habis…sekarang ni..sedar tak sedar aku dah pun ade kat kolej semula…
beratnye hati nak tinggalkan rumah pagi tadi…aku tak sampai hati nak tinggalkan mak sorang2 kat rumah…tinggalkan mak yg tengah susah hati fikirkan pasal adik aku…semalam petang…adik aku,Yiyi masuk hospital dan kena tahan masuk wad…memang Yiyi tu selalu sakit…hospital tu dah macam rumah kedua dia je..semalam dia tiba2 demam and then tetiba semput dia datang…kesian aku tengok dia…aku tak sampai hati tengok nafas dia yg turun naik turun naik…dgn badan dia yg memang kurus sangat tu…dari kecik sampai la umur 10 tahun sekarang ni, Yiyi memang selalu sangat sakit2…tak tau la bila dia boleh betul2 sembuh…
hati aku semakin pedih adalah bila tengok mak yg sedih memikirkan pasal Yiyi…kalau Yiyi sakit..mak pun mesti akan sakit jugak sebab dia terlalu risaukan adik aku tu…semangat mak memang tak berapa kuat…lagipun sekarang ni pun mak tak berapa sihat..tambahan pulak sekarang ni Angah takde kat rumah…Along pulak kerja…dah nak dekat maghrib baru dia balik …abah pulak jaga Yiyi kat hospital tu…aku???aku kena balik hari ni jugak…jadi…nanti tinggal la mak sorang2 kat rumah…
malam tadi abah cakap yg Yiyi masuk ICU…tapi abah kata keadaan dia dah stabil…bila dengar berita tu mak makin bertambah risau..ye la..sebelum ni memang tak pernah masuk ICU pun…setakat kena tahan kat wad je…dan aku tau..malam tu mak nangis….even sebenarnye dari petang tu mak dah nangis dah…mak nangis sorok2 tapi aku tau sebab aku tengok mata mak bengkak….aku sedaya upaya menahan diri dpd menangis…aku tak nak nampah lemah…aku kena kuat utk mak sebab cuma tinggal aku sorang je kat rumah dgn mak…Ya Allah..kuatkanlah semangat mak..
tapi pagi tadi bila aku nak berangkat pergi ke stesen bas…air mata ni memang dah tak leh nak tahan lagi dah bila tengok mak tiba2 menangis....sampai mengongoi2…aku ni pun bukannye kuat sangat…last2 aku pun menangis sekali..bila tengok mak macam tu lagi laa hati aku ni berat sangat nak balik kolej…aku rasa musibah yg datang ni bertimpa2 pulak sebabnye kebetulan masa tu kereta Along aku masih kat workshop…Along pun kena kerja pagi tu..so sape yg nak hantar aku ke stesen bas pagi tu??dan sape pulak yg nak hantar mak aku ke hospital utk jenguk adik aku??
nasib baik la ade makcik aku ni boleh tolong hantarkan…mak ikut sekali sebab nanti mak nak pergi hospital…at least aku takde la risau sgt tinggalkan mak sorang2 kat rumah dgn keadaan dia macam tu…better dia pegi hospital terus..biar tenang sikit hati dia bila dapat tengok sendiri keadaan adik aku…
tapi aku tetap rasa sayu sangat sebab tak dapat melawat Yiyi sebelum aku balik…tak dapat nak salam abah…hati bertambah sayu bila abah hantar mesej suruh aku jaga diri baik2 dan belajar rajin2…aku sedih sangat sebab aku tau abah pun bukannye sihat sangat…dia pun baru je sembuh dpd demam hari tu..sekarang kena jaga adik aku kat hospital pulak…aku tau jaga orang sakit kat hospital ni bukannya senang…dah la tidur pun kat atas kerusi je…kesian abah...mesti nanti badan dia sakit2…Ya Allah..Kau teguhkanlah kesihatan abah…
and then..ketabahan hatiku diuji lagi bila tiba2 bas yg aku naik tu rosak pulak di pertengahan jalan…ade la dalam 2 jam lebih aku dan penumpang2 lain terpaksa tunggu utk bas yg lain…aku benci menunggu lagi2 dalam keadaan macam sekarang ni…masa emosi aku tak stabil…memang sepanjang perjalanan tu air mata ni memang asyik nak keluar je…geram betul aku…aku dah suruh berhenti pun masih tak paham bahasa jugak…cuaca kat luar pun kebetulan hujan pulak tu…ciss macam tau2 je..last2 aku pejam mata je…cuba utk tidur sambil dengar lagu….but at the end of the day memang obvious sangat la yg aku ni baru lepas menangis sebab mata aku agak bengkak dan sepet sikit…rasa macam nak pakai spek hitam je tapi aku kan dah pakai spek takkan nak pakai double pulak..kang nanti orang cakap aku ni sewel pulak…so as a solution aku asyik tengok bawah je..kalau nak cakap dgn orang pun aku tak pandang muka dorang sangat…
aku lega sangat sebab at last sampai jugak kat kolej…aku dah tak larat nak menahan2 air mata ni…kepala aku ni pun memang dah sakit sangat…kalau boleh nak tido je..tapi time2 macam ni memang nak tido pun tak tenang la…serabut kepala otak…semangat nak pegi kelas esok pun memang entah ke mana…sabar la hati…kuat la wahai hati….
Ya Allah..berilah kesembuhan kpd adikku…kembalikanlah kesihatannya seperti sedia kala…Kau kuatkanlah hati dan semangat ibu bapaku…peliharalah kesihatan mereka agar mereka tabah menghadapi semua ini…Kau tabahkanlah juga diriku di sini…Amin…
sesungguhnya hati ini tidak akan tenang selagi Yiyi tak sembuh….dan hati ini tidak akan tenang melainkan aku tau mak dan abah dah boleh berehat kat rumah tanpa sebarang kerisauan…
(Rx : hope everything will get better soon…amin..)
8 hot people like this:
semoga adik cepat sembuhhh...amin..
sedihh lak baca entry neh...
tu la.kalau nak tglkn umah mst sedig teringat mama dan abah..n bila diorg pesan dekat kita suruh blaja rajin2...sayu ja...sob3...
kalau sy berada di tempat fifiey pun sy akan risau,di tambah pulak dgn bas yg rosak,,emosi yg sudah terganggu semakin terganggu.apa2 pun kuatkan semangat dan tabahkan hati,semoga yiyi cepat sihat.
amin..
ILA HonEyBuNNy :tq...betul..memang sayu sgt...huhu
fadh leyanie : haah..emosi memang betul2 t'ganggu..btw..thanx..amin..
saya doakan yiyi cepat sembuh. sabar okey :')
moga adik cepat2 sembuh..doakan yg terbaik utk dia..sabar ye..
semoga adik sembuh ya . sebak nelly baca . :(
get well soon dear and perkuatkan hati =)
Thanx sume for your doa n kata2 smangat...i really2 appreciate them.... :-))
Post a Comment