...^^ korang memang HOT !! ^^...


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, April 10, 2014

selfie freak?

 

hyee assalamualaikum.

mungkin ramai yang tak tahu. atau mungkin ramai jugak yang dah tahu. ataupun mungkin memang semua dah sedia maklum. who knows kan. that actually I am indeed a selfie-freak!! hahaha. yeah rite I admit that. aku ni memang gile selca selfie camwhore and yang sewaktu dengannye lah.

page 

yeahhhh. this. is. the. real. me. kalau bab2 membajet ni memang aku cukup suka. ngehngehngeh

soo normal ke habit macam nih? well aku pun tak tau nak komen ape since aku sendiri tergolong dalam golongan ini. tapi ada la satu artikel kat dalam paper ni tulis yg orang yang suka selca ni macam sakit mental gitu. ehh ade ke patut? mesti korang2 pun pernah baca kan artikel tu? kat fb ramai orang share kot. haha

well. honestly. as or me, selca ni banyak jugak membantu aku secara tidak langsung. ahaa macam mana tu? mostly orang2 yang suka ber-selca ni akan cakap yang selca ni could help to boost their self-confidence. yes it’s true indeed. it does work for me lah. in what way I’m not sure either but somehow I feel much more confident jugak lah after taking and posting my selfies. weird huh? haha.

kalau nak diikutkan aku start suka selca ni time matrik dulu. masa tu guwa sangatlah excited sebab dapat handphone yang ade camera. iye la selama ni guna nokia cabuk je kan. haha. so memang penuh la handphone tu dengan gambar2 syok sendiri aku. kebetulan ade front camera yg boleh record video sekali. memang bertambah menjadi2 lah aku. but sekarang aku dah segan nak merekod video sendiri. haha. rasa macam awkward jee. krikkrikk

bile kita selca ni, kita dapat “mereka” our own facial expression. nak buat muka gedik ke muka sedih ke muka happy muka comel ke suka hati engkau lah. tapi setakat ni aku rasa aku takde la post gambar2 selca yang over gedikss sangat. ke ade? hahaa. entah la tak perasan la pulak. kalau ada yang ter-menyampah or rasa annoying tu mintak maaf sangat2 lah yee. itu dah jadi salah satu cara for me to express myself. well everyone have their very own ways to express themselves aite? so kirenye selca ni is kind of a way to express ourselves la. gitu.

page3

selca ni macam a type of experiment jugak lah. korang try macam2 gaya and then korang jumpe satu style yang menarik hati korang. yes. the thing is we take selcas to please ourselves. so nanti boleh la korang guna “penemuan” baru korang tu each time bile ambik gambar tak kira la gambar kelas ke gambar passport ke. ape ape la. if only I could show you “the old me” in pictures few years back. tskk. mesti uolss akan cakap yang iolss ni “expressionless”. muka takde perasaan. muka kejung je. nak kata senyum macam tak. nak kata marah pun macam tak. haha. iolss pon kompius dengan diri sendiri. hoho

but now at least sikit2 iolss dah improved sikit la in terms of facial expression nih. haha. boleh la. takde la nampak pelik sangat dalam gambar kan. hahaha.

nowadays kegiatan ber-selca ni dah bertambah advanced dengan kehadiran monopod and gopro. mula2 dulu aku pelik jugak lah. eh apekebendenye binatang monopod ni kan. hehe. but now dah tau la since dah ramai dah retis2 dok bermonopod je kan kat instagram tu hahh. iolss pon nak merasa jugak. but nak buat macam mana, handphone aku ni takde front camera with better resolution. so nak tak nak kena la guna back camera dengan bantuan “monopod manual” yang sangatlah terhad. ape lagi kalau bukan tangan dua kerat ni haa. eh betul ke penjodoh bilangan tu? LOL. so memang banyak kali jugak la trial and error for the sake of getting the perfect angle, exposure, lighting sume lah. memang take time and effort jugak lah. tideous. but then when you see the result, it’s priceless. yeahh I know. bunyi macam over je kan statment aku tu. haha. tapi percayalah hanya orang yang terlibat je tau rasa dia macam mana. kehkehkeh

page4

 

ahah. lagi satu benda yang banyak sangat membantu dalam proses selca ini tak lain tak bukan mestilah camera 360. betul tak? efek favourite mestilah magic skin. kalau tak mana la nak dapat kulit muka yang halus mulus putih melepak camtuh. memang tak la kan. muka sebenar jauh panggang dari api. haha. sedih. sedih. tapi tu la dia rahsia cantik dalam selca secara ekspress tetapi fake. sandiwara sahaja hakikatnye.

satu lagi. cermin. yes. full-length mirror is the best. selfie depan cermin adalah lagi satu cara untuk mendapatkan selfie yang awesome. haha. tak kesah la cermin kat toilet ke cermin kat closet uolss ke. jangan cermin tingkap sudah le. haha. tapi cermin tu mestilah bersih dan tak berhabuk. kalau tak nanti gambar jadi tak cantik pulak. haha. aku dah kenapa. macam kasi tips pulak.

page2

gunakan khidmat cermin kalau nak ambik full-length picture. kalau susah2 sangat mintak je tolong orang ambikkan. hahah.

so. are you a selfie freak? if it’s a yes, welcome to the club lah. if it’s a no, you should try it someday. it is fun you know. you wouldnt know until you get yourself into the game. hahaha

maybe some people might label us as being obsessed with ourselves or even syok sendiri. but who cares. as long as it does no harm to others. aite? so just go and express yourself!! yeahhh. peace!

Rx : right now guwa sedang menikmati sisa2 cuti midsem yang tinggal berapa hari je lagi. cepat betul masa berlalu kan. pasni dah kembali busy. maybe takde masa dah nak relax2 camni lagi. huhu. nama pun final year kan. final sem pulak tu. hopefully everything goes well la. Insyaallah. ;')

Saturday, March 15, 2014

aku, spec K-pop dan nerd melampau..

 

Assalamualaikum. hey you annyong!

**takyah nak kpop sangat la derr..

so directly proportional to the above matter, I just wanna let uolls know that I’ve recently got myself a kepop spec. yes. kepop as in K-pop. pengaruh K-pop sangatlah hebat. and since I am vulnerable towards this kind of things, I cant help but to buy it without second thought. how thoughtless I was. tskk. regrets haunted me till now. huhu.

Camera360_20140313220106 Camera360_20140311235418

kalau bab2 posing memang iolss over sikit. konon verangan fefeeling supermodel kann. haktuiii la kan. sila terjun laut lah. LOL

 

Camera360_20140311235353 Camera360_20140311235447

 lagi gambar. lagi dan lagi. motip???

actually aku sedang mengetest keserasian or we called it compatibility of this spec on my rounded-puffy face.

overall result : I was somehow quite disappointed. uhuh. why did I ever buy this spec in the first place??!!! entah la. nak menyesal sekarang pun dah tak gune. there’s no use to cry over spilt milk. but in this case bukan susu yang tumpah. uang aku deh yang udah tumpah. abis semuanya. okeyh. takde la semua. kalau semua takde la aku boleh survive sampai sekarang ni kan. ermmm

but to be frank I spent quite a lot on this spec. when I say a lot it means a lot. pada aku la. biasanya memang aku tak pernah nak beli spec mahal2. I have my own budget. In fact almost all my previous specs were bought from the same optical shop. kira macam aku ni dah memang regular customer kat situ lah. entah kenapa kali ni aku berpaling tadah. tsskk lagi.

C360_2014-03-11-07-31-16-927 C360_2014-03-11-17-42-48-362

so why I am so fussy and tak puas hati sangat pasal spec ni?

actually. tibe2 aku rasa spec ni tak sesuai dengan bentuk muka aku nih. dah la buat tudung aku makin mengembang. ohhhoiii jadi Ms Puffy la aku. masa try hari tu aku pakai tudung style lain. tu yang takleh nak predict sangat. rasa macam okey. macam pureeefect sangatttt!!

and then since spec tu sangatlah besar gedabak ditambah pulak dengan lens aku yg tebal sepuloh inci tuh, makanye makin melorot2 lah spec tu bile dok atas batang hidung aku yg memang tak mancung nih. so terpakse la aku pasang benda alah macam restrainer gitu so that it can keep my spec in place. dah tu bile pasang benda alah tu, punye la seksa nak bile nak pakai spec tuh.. aduhaiiiyaiiiiyaaa. pakai salah tak pakai salah. uwaaaaa….

okeylah. kalau nak berkeluh kesah menyesal pun takkan mengubah apa2 kan. Untuk sedapkan hati sendiri, better I told myself that I am destined to be togedaa with this spec. cisss statement pasrah gile tuh.

ape yang aku kena buat sekarang is to get used to this spec. hoping that it will blend itself with me. harap2 muka aku takkan terus nampak weirdo sangat lah. dan yang paling penting bukan nerd melampau! haha.

here’s a bit details about this spec:

 2014-03-15 07.03.37 2014-03-15 07.05.34

2014-03-15 07.04.43

as you can see, I have to put that rubber-like thing on both arms.

color : dark minty green. I is sooo in love with this color. love at first sight. maybe sebab tu kot aku beli tanpa berfikir panjang. haha sobsss

brand : Guess. kfine lah. aku mengaku. sebenarnye aku kempunan nak merasa branded stuff. kebetulan masa tu, tengah ade promotion untuk frame Guess ni. bingkai sahaja tau. lens tak campur lagi. padahal lens yang lebih mahal kot..huhu

where: ProEyes Studio, Berjaya Times Square. customer service dia memang tiptop lah guwa cakap. dia explain satu2. kau tanya banyak2 pun dia layan je. haha. contoh macam aku lah. nasiblah dapat customer fussy macam aku kan. haha.

 

 

moral of the story : just be yourself. kalau dah tau diri tu tak mampu jangan nak gatal2 beli barang branded2. kalau nak jadi kpop sekalipun ukur dulu la kat badan sendiri. tidaklah menyesal di kemudian hari. nanti sudah tidak berguna lagi.

 

Rx : ni kalau la mak guwa tau ni, habislah guwa kena lecture 7 hari 7 malam. habis la kena bahan nanti. takpe. I promise. this is the first and the last. tolong ingatkan aku in case aku terlupa. haha.

Thursday, February 20, 2014

Cita-cita

 

Assalamualaikum.

hari ni kite letak tajuk pendek je. selalu kemain panjang gile sampai dua tiga baris kan. kali ni tidak lagi. fullstop pun kita letak satu je. ha.ha.ha.

semester baru. juga semester terakhir. hendaknye la. Insyaallah. doakan la ye… ^^

 

so hari ni aku terfikir nak tulis pasal cita-cita. lepas baca cerpen Anak Dinihari dalam buku kumpulan cerpen Nadia Khan. wahh maju tak aku? seorang yang selama ini terkenal dengan jiwa jiwangkarat sudah bertukar menjadi seorang yang berjiwa urban giteww. eceh bukanlah bertukar terus. cuma sesekali tu kita nak tukar angin orang cakap. ye la dah terlalu lama mengadap cerita2 jiwang kan. novel jiwang. tengok tv pun drama jiwang. yang selalunye ending dia kita dapat predict. klise. hehe. (wahh tiba2 aku rasa gaya bahasa kau dah jadi ala ala urban gituuu..kahkahkah)

C360_2014-02-19-16-39-57-021

buku fixi pertama aku. eh yang aku baca. what impressed me is penulis adalah seorang budak medik. dah grad la. well sape cakap budak2 kesihatan tak boleh berkarya? hehehe

 

dulu. cita-cita aku bukanlah nak jadi seorang ahli farmasi. aku tak tau pun yang keje macam tu wujud kat dunia ni. haha.

antara cita-cita yang pernah singgah dalam fikiran aku adalah:

1) Guru :

cita-cita ni aku tanam sejak darjah satu lagi. time umur kau 7 tahun, what do you expect kan. aku rasa karier ni la yg paling dekat dengan jiwa budak2. sangat klise you know. masa tu la kan. but then semakin aku membesar, semakin aku sedar diri. aku ni mana la layak nak mengajar orang. kang tak pasal2 kena buli dengan anak murid ade la. tskk. so cita2 tu pun terkubur begitu saje.

 

2) Doktor :

satu lagi cita2 yg sangat klise. biasa la. zaman budak2 dulu kan selalu main pondok2. main doktor2. haha. tapi in the end, cita2 ni pun terkubur jugak. sebab aku rasa aku tak mampu. walau semua orang mempersoalkan kenapa aku tak nak ambik medic. ehh biarlah. yang nak belajarnya aku. yang stressnye aku jugak. bukan dorang pun. lagipun aku semacam mendapat satu petunjuk time kat matrik. masa tu ade eksperimen nak test our own blood group. yang kita kena cucuk jari sendiri. gile ahh. aku hampir pitam kot. nak kata aku takut darah, tak kot. tapi entah. jiwa aku tak kental kot. so di sini aku dapat rasa yang aku takkan mampu utk menempuh semua tu. dengan bedah2 mayat la ape la. memang tak la kan..

 

3) Penulis :

cita2 yang ni lain sikit. hehe. dulu time sekolah aku memang suke sangat menulis. esei la. cerpen la. pernah nak tulis novel, tapi tak pernah siap. haha. ingat senang ke nak jadi penulis ni. imaginasi kau kena tinggi. kena ada kotak imaginasi spongebob kalau boleh la. memandangkan imaginasi aku ni sangat terhad, so aku simpan je la dulu cita2 ni. tapi sekarang ni dah consider aku ni penulis jugak la kan. penulis blog. blogger. even aku cuma sekadar blogger picisan yang banyak merapu dan syok sendiri sahaje. takde orang nak baca. tapi tak kesah la kan. at least cita2 aku tu dapat jugak aku tunaikan secara underground. mana tau lepas ni aku jadi penulis buku fixi pulak kan. eceh. itu sangat la overbroad. aku belum lagi mampu mencapai tahap pemikiran sebegitu. eheh.

 

4) Arkitek :

okey ini sangat rare okeyy. mungkin sebab dulu dulu aku suke sangat lukis gambar2 rumah. habis buku tulis sekolah aku lukis rumah2 idaman aku. nak bilik tidur camne. ruang tamu camne. sume la. lepas tu fikir nanti dah besar aku nak design rumah sendiri. gituuu kan. tapi again. yang ni pun tinggal kenangan je la. cuma sekarang ni aku still melukis lagi. bile aku ade mood la. but now lebih kepada kartun2 la. kadang2 menjadi. kadang2 aku pun tak tau ape yang aku lukis. haha

 

setakat yang aku ingat ini je la cita2 yang pernah aku impikan pada suatu ketika dahulu. haha skemanya bahasa. dan dalam banyak2 tu, menjadi seorang pharmacist takde pun dalam list.

sampai sekarang sebenarnye aku masih tak sure. betul ke pilihan yang aku buat ni. tapi yang pasti aku go on je la in the meantime. apa2 pun tawakal je la. mohon sebati dengan jiwa raga hendakye.

 

 

well berbalik pada cerpen Anak Dinihari tadi. aku cukup bersetuju dengan penulis. selalunye bila dapat result yang gempak, kita seakan-akan sudah terikat dengan certain choices of career. sama ada doktor, loyar, jurutera, akauntan dan yang sewaktu dengannye lah. kononnya karier yang macam ni je yang mampu menjamin masa depan. betul ke? entah. terpulang pada pendapat masing2 la kan.

pada aku, kalau dah tak minat tu jangan la dipaksa-paksa kan. macam kes aku tadi, aku bernasib baik la sebab dapat parents yang open-minded. suka hati kau la nak jadi ape. asalkan jadi orang. jangan jadi mambang. haha.

macam dalam cerpen ni, Amir berkeras nak ambik jurusan falsafah despite of his excellent result. pada pandangan orang, kerja ape la yang kau boleh buat dalam bidang falsafah ni kan. tapi, Amir berjaya buktikan yang dia jugak boleh berjaya. asalkan kita betul2 minat dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu, Insyaallah rezeki tu akan datang jugak. macam si Amir ni, dari seorang penulis blog terus dapat tawaran jadi hos rancangan tv. kan untung tu. kontrak beribu riban dapat. glemer pun dapat. ahakss. tu yang penting. haha.

 

cita-cita tu senantiasa berubah. jadi tak payah nak gabra sangat la kalau kau belum ade cita-cita yang tetap. haha. lama-lama nanti tau la. **macam ye ye je**

 

P_20140131_185759

wat lek wat peace. yang penting kite enjoyy!!!  ^__^