Sunday, January 25, 2015

Resepi : Kek Coklat Moist Kukus – step by step (for beginner)

 

Assalamualaikum

 

2015-01-25 07.12.56 2

yeayy my very first home-baked cake!! rasa terharu pun ade. >,<

rupa agak comot dan tak bertamadun sikit. ngeeeee

 

so last night, memang beria betul dengan penuh semangat waja aku bertungkus lumus membuat kek untuk kali pertama dalam sejarah hidup seorang aku. haha. tu yang nak masuk dalam diari ni. konon peristiwa bersejarah la sebab berjaya buat kek. alhamdulillah menjadi even aku memang agak kelam kabut sikit. hahaha.

lain kali kalau ade orang tanye, kau pandai buat kek tak? at least aku boleh la cakap aku reti buat kek coklat kukus. takde la malu sangat kan. muehehehhe motip betul.

so kat sini aku nak tulis balik in details steps masa buat kek tu. so that boleh jadi reference bile aku nak buat lagi nanti (haha tengokla kalau rajin.). maklumlah aku ni pelupa orangnye. resepi asal boleh tengok kak blog akak ni ye :

http://maszie.blogspot.com/2014/01/kek-coklat-moist-kukusyg-moist-btul2.html 

thanx akak for sharing the recipe. and mohon share ye resepi akak ni. heheheh.

**macam yg aku cakap tadi, this is for my own reference, so aku akan banyak membebel. kalau nak explanation yg ringkas dan padat boleh refer blog akak tu tadi ye. ;)

 

so roughly, aku rasa better buat kek ni waktu malam kot sebab nanti kan nak kena masukkan dalam fridge. so nanti besok bangun tido boleh la terus makan, takde la tertunggu-tunggu. hahahaha. *bagus betul pagi2 makan kek.

total masa yg diambil untuk buat kek ni lebih kurang 3 jam lebih camtu la. sebab aku start lebih kurang 8pm sampai la 11.30pm camtu. hahaha jangan terkejut kenapa lama sangat. sebab ni dah termasuk aku siap kemas cuci semua benda yg aku gune. plus dengan terkial-kialnye lagi kan. kalau dah pro, kompem kejap je dah siap. hehehe.

 

2015-01-24 07.39.04 1

some of the ingredients needed. gune yg ni je dah boleh. serbuk koko tu aku beli yg 100g punye. coklat masakan tu aku beli yg 200g punye.

since aku takde measuring cup, aku gune cawan biasa je. and kalau ikut blog akak tu, 1 cup = 125g. tapi cup yg aku guna ni boleh dapat lebih kurang 100g je. so kire boleh la kan. hahaha.

IMG20150124192943

 

so basically here are the recipes (aku copy paste and tambah sikit tau.)

Bahan untuk kek coklat:


Bahan A.
1 cawan serbuk koko (tak kisah jenama apa pun)
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat


Bahan B
1+1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh baking powder


1 sudu teh esen vanilla

3 biji telur (suhu bilik, jangan gune yg dah masuk fridge punye, nanti tak kembang bile dipukul.)


Cara-cara (dah susun ikut ape yang aku buat)

  1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan.
  2. Seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu. (bahan B)
  3. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit +++) kemudian masukkan bahan A.
  4. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
  5. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. Pukul sebati selama 5 minit +++
  6. Masukkan adunan dalam loyang dan tutup permukaan kek dengan kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
  7. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu...) Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa.
  8. Angkat...tunggu sejuk baru boleh potong. Kalau rajin boleh letak topping...

 

2015-01-24 09.05.02 1

adunan dah tuang dalam loyang! basically aku rasa kek ni tak melekat pun kat loyang tu tapi kalau nak selamat boleh la sapu minyak sikit kat loyang tu. ape entah term yg selalu orang gune.

 

2015-01-24 09.09.11 1

lepas tu wrap dengan aluminium foil dan masukkan la dalam periuk kukus yg 3 tingkat tu.

2015-01-24 10.41.23 1

tadaaaa. kek dah masak! bahagian tepi dia macam disaster sikit sebab masa aku nak keluarkan dari loyang tu aku main telungkupkan ikut suke hati aku. nasib baik tak terpelanting kan. haha. noob betul. patutnye kite letak bekas tu atas loyang tadi pastu baru terbalikkan perlahan2, kan senang nak keluarkan. =,="

okey basically, kek ni dah boleh makan dah. tapi kalau nak letak topping pun boleh.

untuk buat topping, seeloknye lepas kek tu dah masak la ye sebab nanti ganache tu akan mengeras kalau buat awal sangat.

BAHAN UNTUK TOPPING (ganache)

BAHAN:

  • 200 gm coklat masakan ~dipotong kecil (aku gune kurang sikit dpd yg asal)
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu besar butter (buttercup pun okey)
  • 1/4 cawan air panas
  • Chocolate rice/ any other sprinklers

Cara:

  1. Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.
  2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
  3. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lagi hingga cair.
  4. Curahkan 1/2 dr ganache yg masih panas tadi ke atas kek hingga menutupi keseluruhan kek.
  5. Biarkan lebih kurang 15- 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
  6. Panaskan kembali lebihan ganache tadi (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
  7. Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
  8. Taburkan chocolate rice kalau nak atas ganache tadi.
  9. Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. tutup bahagian atas bekas kek tu so that takde la air ke pape jatuh atas kek masa simpan dalam fridge tu.

okey for those yg taktau ape itu double boiler(macam aku la, sume istilah baking aku taktau. hahah), ni hah contoh gambar dia. means kite letak bekas yg tahan panas dalam periuk yg diisi air yg tengah mendidih atas api. air dalam periuk tu takyah letah banyak sangat, dah sentuh bottom of the bekas tadi pun dah okey.

IMG20150124224347

guna bekas yg ade pemegang la terus, nanti senang nak curah ganache tu.

 

hahhh part ganache ni memang aku fail sikit sebab masa aku curah untuk first time tu, aku tertuang banyak sangat. tu yg jadi melimpah ruah tu. pastu dah tinggal sikit, yg 2nd ganache tu pulak jadi cair. tapi aku tuang gak sebab taknak membazir. T__T

 

2015-01-25 06.55.52 1

yang ni freshly keluar dari fridge ye. maaf la memang comot. hahaha

choc

hahhh bile dah potong ni baru la nampak cantik, nampak bertamadun sikit. =p

okey, dah siap pun. resepi ni aku rasa agak senang la nak try bagi beginner macam aku nih.

 conclusionnye, kalau ade sesape yg memang tak pernah buat kek lagi, first timer macam aku yg memang zero knowledge and experience, Inshaallah kalau ikut betul2 steps and resepi ni kek korang confirm menjadi punye la. yang penting kena yakin boleh rakan muda dan bersemangat waja la. hahaha. good luck!

ohh ya lupe pulak. I wanna say thanks to my friend, Wahida for guiding me throughout the process. dia la yg suggest resepi ni kat aku. heeee. dan dia jugak la yg sabar menjawab semua soalan aku. haha banyak gile aku tanye kot. =P

**watermark lama nampak pelik sangat tapi tak sempat buat yg baru lagi. nanti2 la. haha

p/s : so amacam, dah boleh ke jadi menantu pilihan camni? hahahaha. poyo sangat padahal baru reti buat 1 kek je. orang lain dah maju buat pavlova red velvet bagai kot. ;p

5 hot people like this:

Maszie Fatah said... [Reply]

wow..good job girl..hhehe.:)

FiFieyQa said... [Reply]

Heee thanx kak!! Resepi akak mmg superb n senang nak ikut! ;)

AS said... [Reply]

Hi, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@zalora.com.my. I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

Aisy Amsyar said... [Reply]

Sis sy nk tanya coklet yang sis guna tu kuaran apa ya? Sy tgh cari coklet tu...

Nina Farhana SuperStar Shaklee said... [Reply]

Fuhhh cukup lengkap resepi. Tq sudi share,.harap aura rajin kite datanglah hehe ��