Showing posts with label my hobby. Show all posts
Showing posts with label my hobby. Show all posts

Thursday, November 13, 2014

My latest artworks : Potrait sketching.

 

Assalamualaikum.

update lagi!!hahaha.

actually entry ni macam takde motip sangat pon. just nak share my latest artworks kat belog je. (perghh artworks kau. ngeeee perasan macam artist pulak.) in fact aku dah post semuanye kat IG pun. saje nak repost. hehe

 

so for the last few months, doing nothing kat rumah, aku dah mula berjinak2 melukis kembali. well time jadi student kan tak sempat kan. so sekarang ni la masanye. and then aku mula try sketch potrait pulak. last time kan aku ade mention yang my trial tak menjadi. but this time, ade jugak la yang menjadi. haha. boleh la. nampak jugak rupa manusia. =P

 

hari tu guwa ade try melukis Frozen characters. tapi sebab dah lama sangat kan tangan ni kaku semacam. so hasilnye pon macam frozen jugak. let it go betul la kan.

IMG20140907235824

si Olaf yang sukakan warm hugs. yang ni memang main hentam je. kasi warm up dulu.

 IMG20140908012630

Princess Anna yang juling. tskkk.

 elsa

Queen Elsa lepas dah penat let it go let it go~~~yes memang tak jadi pun yang ni. T___T

 

 IMG20140928155916

oh yang ni aku lukis time last semester aku. konon stress kan. pastu pi la melukis potret Kris Wu Yi Fan gege yang hensem bakhangg ni. my ultimate bias you knowww..

 

 IMG20140917212536

yang ni Arrian si anak Tomok yang comel gile tu. memang yang ni tak bape nak menjadi sangat. huhu

 

 IMG20140919172847

hah yang ni pulak Mirafilzah. blogger yang cantik jelita tu. tanteek sangat dia. >,<

 

 IMG20140920131645

my bias from Got 7, Mark Tuan. but lately macam tersuke jugak kat Jackson. kahkahkah.

 

 IMG20140925113610

Lee Jong Suk. first trial. yang ni aku tergerak nak sketch sebab terkesan dengan drama2 dia yang baru je aku habis tengok time tu. School 2013 & I Can Hear Your Voice. omgeee oppa sangat la hensemmm!!ngeeeee

 

IMG20141001144747

second trial of Lee Jong Suk. haha. susah la nak dapatkan kemiripan tu.

 

 IMG20140930172204

 yang ni kawan matrik aku dulu, Cik Dyra yang cantik manis lagi jelita. sile setalk setagram dia untuk maklumat lebih lanjut. hahaha.

 

 

IMG20141002090841

ahah. Lisa Surihani in da house. dua kali pandang dah macam Lisa Surirumah pulak dah. alahaiii.

 

 IMG20141006230722

my last sketch. Nisa Kay, blogger cantik yang famous amos. aku rasa dalam banyak2 sketch aku, yang ni la kot yang paling mirip. pada mata aku la. mata hengkorang den taktau la pulak.

 

dah berapa bulan dah tak sketch. bile nak sketch lagi??entah la. bile mood tu datang, ade la. mood ni ade musim jugak. kekadang asyik nak melukis je. kekadang tu nak pegang pensel pun malas. agagagaga.

 

p/s : ingat macam nak tukar wajah blog, header sume tapi guwa dah tak reti la pulak nak alter2 ni. hahaha.

Thursday, April 10, 2014

selfie freak?

 

hyee assalamualaikum.

mungkin ramai yang tak tahu. atau mungkin ramai jugak yang dah tahu. ataupun mungkin memang semua dah sedia maklum. who knows kan. that actually I am indeed a selfie-freak!! hahaha. yeah rite I admit that. aku ni memang gile selca selfie camwhore and yang sewaktu dengannye lah.

page 

yeahhhh. this. is. the. real. me. kalau bab2 membajet ni memang aku cukup suka. ngehngehngeh

soo normal ke habit macam nih? well aku pun tak tau nak komen ape since aku sendiri tergolong dalam golongan ini. tapi ada la satu artikel kat dalam paper ni tulis yg orang yang suka selca ni macam sakit mental gitu. ehh ade ke patut? mesti korang2 pun pernah baca kan artikel tu? kat fb ramai orang share kot. haha

well. honestly. as or me, selca ni banyak jugak membantu aku secara tidak langsung. ahaa macam mana tu? mostly orang2 yang suka ber-selca ni akan cakap yang selca ni could help to boost their self-confidence. yes it’s true indeed. it does work for me lah. in what way I’m not sure either but somehow I feel much more confident jugak lah after taking and posting my selfies. weird huh? haha.

kalau nak diikutkan aku start suka selca ni time matrik dulu. masa tu guwa sangatlah excited sebab dapat handphone yang ade camera. iye la selama ni guna nokia cabuk je kan. haha. so memang penuh la handphone tu dengan gambar2 syok sendiri aku. kebetulan ade front camera yg boleh record video sekali. memang bertambah menjadi2 lah aku. but sekarang aku dah segan nak merekod video sendiri. haha. rasa macam awkward jee. krikkrikk

bile kita selca ni, kita dapat “mereka” our own facial expression. nak buat muka gedik ke muka sedih ke muka happy muka comel ke suka hati engkau lah. tapi setakat ni aku rasa aku takde la post gambar2 selca yang over gedikss sangat. ke ade? hahaa. entah la tak perasan la pulak. kalau ada yang ter-menyampah or rasa annoying tu mintak maaf sangat2 lah yee. itu dah jadi salah satu cara for me to express myself. well everyone have their very own ways to express themselves aite? so kirenye selca ni is kind of a way to express ourselves la. gitu.

page3

selca ni macam a type of experiment jugak lah. korang try macam2 gaya and then korang jumpe satu style yang menarik hati korang. yes. the thing is we take selcas to please ourselves. so nanti boleh la korang guna “penemuan” baru korang tu each time bile ambik gambar tak kira la gambar kelas ke gambar passport ke. ape ape la. if only I could show you “the old me” in pictures few years back. tskk. mesti uolss akan cakap yang iolss ni “expressionless”. muka takde perasaan. muka kejung je. nak kata senyum macam tak. nak kata marah pun macam tak. haha. iolss pon kompius dengan diri sendiri. hoho

but now at least sikit2 iolss dah improved sikit la in terms of facial expression nih. haha. boleh la. takde la nampak pelik sangat dalam gambar kan. hahaha.

nowadays kegiatan ber-selca ni dah bertambah advanced dengan kehadiran monopod and gopro. mula2 dulu aku pelik jugak lah. eh apekebendenye binatang monopod ni kan. hehe. but now dah tau la since dah ramai dah retis2 dok bermonopod je kan kat instagram tu hahh. iolss pon nak merasa jugak. but nak buat macam mana, handphone aku ni takde front camera with better resolution. so nak tak nak kena la guna back camera dengan bantuan “monopod manual” yang sangatlah terhad. ape lagi kalau bukan tangan dua kerat ni haa. eh betul ke penjodoh bilangan tu? LOL. so memang banyak kali jugak la trial and error for the sake of getting the perfect angle, exposure, lighting sume lah. memang take time and effort jugak lah. tideous. but then when you see the result, it’s priceless. yeahh I know. bunyi macam over je kan statment aku tu. haha. tapi percayalah hanya orang yang terlibat je tau rasa dia macam mana. kehkehkeh

page4

 

ahah. lagi satu benda yang banyak sangat membantu dalam proses selca ini tak lain tak bukan mestilah camera 360. betul tak? efek favourite mestilah magic skin. kalau tak mana la nak dapat kulit muka yang halus mulus putih melepak camtuh. memang tak la kan. muka sebenar jauh panggang dari api. haha. sedih. sedih. tapi tu la dia rahsia cantik dalam selca secara ekspress tetapi fake. sandiwara sahaja hakikatnye.

satu lagi. cermin. yes. full-length mirror is the best. selfie depan cermin adalah lagi satu cara untuk mendapatkan selfie yang awesome. haha. tak kesah la cermin kat toilet ke cermin kat closet uolss ke. jangan cermin tingkap sudah le. haha. tapi cermin tu mestilah bersih dan tak berhabuk. kalau tak nanti gambar jadi tak cantik pulak. haha. aku dah kenapa. macam kasi tips pulak.

page2

gunakan khidmat cermin kalau nak ambik full-length picture. kalau susah2 sangat mintak je tolong orang ambikkan. hahah.

so. are you a selfie freak? if it’s a yes, welcome to the club lah. if it’s a no, you should try it someday. it is fun you know. you wouldnt know until you get yourself into the game. hahaha

maybe some people might label us as being obsessed with ourselves or even syok sendiri. but who cares. as long as it does no harm to others. aite? so just go and express yourself!! yeahhh. peace!

Rx : right now guwa sedang menikmati sisa2 cuti midsem yang tinggal berapa hari je lagi. cepat betul masa berlalu kan. pasni dah kembali busy. maybe takde masa dah nak relax2 camni lagi. huhu. nama pun final year kan. final sem pulak tu. hopefully everything goes well la. Insyaallah. ;')

Sunday, December 2, 2012

dan bila Cik EPAL memuji aku comel !! ♥♥♥

 

Assalamualaikum..

 

tq ce

sape yang tak kembang bila orang puji kita comel kan?kan..kan..haha..

lagi2 bile orang yg puji tu pulak adalah orang yg famous amos bukan anonymous!!laaaagi la rasa macam nak gebang kat sume orang, biar satu dunia tau!!hahaha…ape motip pon tak tau sebenarnye…

simbolik bagi lukisan di atas ialah aku ingin meng-highlight-kan tajuk kita pada hari ni ye murid2..ye lah..kalau tulis word “cik EPAL” je, tak bape nak mencapap kan..so kalau buat camni senang sikit orang nak nampak!!  **motip please?!!

 

dan tujuan sebenar entri ini ditulis hanye la utk menzahirkan perasaan, betapa terharunye diri ini bila cik EPAL yg kita kagumi sudi meninggalkan jejak beliau di teratak buruk lagi terpencil milik diri yg kerdil ini…  **perghhh..ayat kau tak nak hiperbolasepak dan puitis pulak kan..ehh btw, tahniah Malaysia sebab berjaya menjinakkan Garuda 2 – 0 malam semalam!!aummm…

actually, aku pun musykil jugak macam mana CE boleh tersasar ke sini..haha…ibarat macam dari planet Utarid,tetiba tersasar ke planet Pluto pulak…tak ke pelik tu??but nothing’s impossible in this virtual world right?

..

..

I was in disbelief kot at the very first moment I saw her comment in my previous entry…even dia cuma cakap yg aku ni comel…ehh salah! angry birds tu comel…I’m already flattered!!hikshiks **gelakgediks... (saje je letak tajuk temberang camtu..kah3)

aku ingatkan impostor ke ape…bang bang boom ke ape ni??rupenye betul la tu!! it was such an honour..ye la…tak dapat jumpe retis, retis blogger pun jadi la kan..even it was just a comment! bukannye face to face..

yeah..I know..you might think that I’m just bragging & exaggerating things..but you dont know how much it means to me! it’s a rare stuff you know…and I cant help myself from being overwhelmingly excited a.k.a syok sendiri!! **ohhver sangat kan bunyinye..but u know what? jakun is always my middle name!! XP

nevertheless;

“whoever you are, I truly appreciate your comments” ;D

..

..

..

okey..okey..back to reality…kang sampai tahun depan pun aku tak habis2 lagi citer pasal benda ni…nanti jadi cerpen pulak dah entri ni..haha..

so…now…I want to show my another Excel-based drawings…just cincai bantai je…kalau nak tengok yg lagi superb lagi bombastik, sila menuju ke blog Younique nurdani..perghh…memang super duper cantik la artworks beliau…aku memang jatuh cinta gile dgn illustrations that she drew…she’s very the talented lah!!aku belajar benda2 ni pun ikut tutorial beliau la…maybe ramai yg dah tau kot…hehe…aku je yg baru tauu..hihi..

 

donut watermarked

inspired from her tutorial…donut disaluti krim stroberi ditaburi bulan sabit dan cip coklat..panjang beno nama yg aku kasi ni..haha..tak komersial langsung!

 

 

rose wm

yang ni pulak aku just randomly draw..bunga rose berdaun tiga helai sahaja tanpa berduri…selamat utk dihadiahkan kpd para aweks…kahkahkah..

 

 

eye edited wm

for this one, I use teknik tekap-dan-pandai2-la-kau-nak-alter-camne..panjang plak nama dia kan..nak draw camni ni perlukan kestabilan, ketelitian, kesabaran dan kegigihan yg tinggi tau..tutorial nak buat pun ade dlm blog kak Dani tadi tu..

 

eye

this is the original version of the eye..of course la lebih lawa n smooth sebab guna Adobe Illustrator…aku nak benda AI ni!! takde ke sape2 nak bagi aku free??huhu.. #wishlist

 

okey…that’s all for now…maybe there will be more to come…nanti bila aku dah bosan or dah fed up dgn esaimen sume tu ade la nanti 1 or 2 drawings yg aku buat…kena praktis banyak2…nak tajamkan skill..hehe..

 

 

( Rx : it’s already December right?? how time flies…kejap je kan…kejap je nak tinggalkan 2012 dah…and 25 days from now, I’ll be officially 21 guys!!so, sila la get ready dgn red velvet cake 2 tingkat, bling2 greetings cards, presents etc etc dan boleh la poskan ke rumah yee…teheee~~  #mukataktaumalu >,< )

#to-d0-list-before-2013 : nak genapkan total entries to 200..including this one, baru je 184..tak tau  la sempat ke tak nak fulfill this task..huhu..

Tuesday, August 14, 2012

melukis dan melukis lagi…kartun ini comel sangat la!

 

Assalamualaikum…

my darling lappy memang dah confirm sakit kronik…sedihnye!!sobs.. :’( 

dia kena masuk ‘hospital’…ICU pulak tu…sebab ‘kecederaannye’ agak parah sehingga menyebabkan dia bakal ‘hilang ingatan’ selepas operation nanti…nampaknye tiada lagi memori antara aku dan dia…lepas sebulan nanti baru boleh jumpe…hurmm rindunye kat kamu wahai sayangku…uhuk3

disebabkan musibah ini,hasrat aku untuk mendalami lagi Photoshop dan lain2 lagi software yg sewaktu dengannye telah terkubur begitu sahaje…aku plan nak belajar melukis-lukis lagi…doodle ke dodol ke kartun ke…tapi nampaknye tak dapat la… T__T

 

jadi sbg gantinye,aku pun menari-narikan jari jemari di atas kanvas putih yg juga dikenali sbg kertas lukisan…wahh puitis kau!!nanges A. Samad Said tengok!!

semalam terhasillah lukisan ciplak ini…ye…ini bukanlah ilham dpd diri sendiri melainkan meniru dpd benda yg sedia ada..

 

haaa..adik2..mari sini..dengar akak nak bercerita ni..

P8130632

kartun ini aku tiru dpd buku sekolah adik aku..haha…desperate sgt nak cari reference sampai buku dia pun aku tibai..

 

fifi

familiar bukan dengan kartun comel ni??ya..ya…dpd mana lagi kalau bukan kartun freebies dari blog Fizgraphicaku tukar sikit…bubuh nama aku kat dalam love tu..hee~~tang tangan tu memang agak complicated sikit..kalau tengok betul2 nampak macam cacat pulak…aishh aku ni merosakkan masterpiece orang pulak… =.=

cartoon islam muslimah ALLAH pink

haaa..ini dia kartun comel yg berjaya menambat hatiku sampai2 aku jadikan DP kat fb…hehe..I love Allah… Smile..dan kalau ade yg masih ingat,before this pun aku pernah meniru kartun lain dari FizzGraphic jugak…haha…I admit that I’m totally in love with all his masterpieces… ^__^

 

next…from cartoon I tried to sketch potraits..and it was totally a disaster!!haha…aku memang takde skill la nak lukis potret muka orang ni..memang failed habis la!

P8130633

ce teka ni muka sape?mesti tak dapat kan…ape taknye..memang takde rupe langsung!!

V

V

V

-Yoona-girls-generation-snsd-21506284-1920-1080

nah..actually she’s YoonA…since I adore her so much I tried la to draw her potrait..but..but..it turned to be….tetttt… V__V

 

then…tetiba aku teringat yg dulu2 masa zaman sekolah aku pernah jugak sketch potret artis ni…haha…ade rupe Elyana ke?aku memang minat gile dgn dia dulu especially time Dunia Baru tu…

P8140651

P8140653

ni gambar sebenar yg aku cuba tiru…ahhh failed jugak…

 

lepas tu…ade lagi penemuan baru..hoho…kartun2 zaman sekolah dulu aku selongkar balik…nasib baik aku tak buang!

P8140659

hoiihoii let’s go to the beach guys!!

 

aaaa minat Mulan tak??these are some of the characters in Mulan…naga yg jinak dan belalang yg comel!

 

P8140661

tong..tong..tong..bangun..bangun..sahur wei!!

 

P8140664

nak salam boleh??

 

this one is my all-time fav cartoon..Card Captor Sakura!!

P8140655

dulu memang aku minat gilerrr dgn kartun ni kat NTV7…

 

dah lama tak melukis..tangan pun jadi kaku…skill pun makin lama makin tumpul…wuu~~

 

aku pernah dengar orang cakap:

“Bakat itu umpama pedang yang perlu sentiasa digilap dan dibersihkan..kalau dibiarkan sahaja,ia akan berkarat dan dah tak berguna lagi..”

 

aku bukannye nak cakap yg aku ni berbakat sangat…hebat sangat..no no no…aku cuma minaaat sangat dgn benda2 camni…bakat tu macam ade takde je…tapi kalau kita ade sesuatu kebolehan tu tak salah kan kalau kita cuba gilap…kot2 satu hari nanti bakat tu akan datang sendiri dgn kesungguhan dan ketekunan kita yg terus mencuba tanpa jemu…

tak mustahil bukan??kebolehan yg so-so tu kalau kita asah,insyaallah boleh bertambah baik dan berkembang menjadi bakat yg tak disangka-sangka!!..belakang parang kalau diasah pun akan tajam kan??ehh kenapa aku rasa macam tak sesuai je peribahasa ni??haha…tett

 

so..kalau anda rasa yg anda ada bakat terpendam tu,apa kata cuba gilap2 asah2 kasi tajam…mana tau anda boleh meletopss kebaboom satu hari nanti??!!

yang penting Yakin Boleh!!yeahh…that’s the spirit!!

Friday, August 3, 2012

Feeling-feeling DSLR!! ;)


assalamualaikum...

sape yg tak nak DSLR kan??kalau ikutkan hati dan nafsu aku yg 9 ni,nak je aku angkut DSLR sekarang jugak...mampu memang la mampu..tapi,bile difikirkan balik...duit yg aku pegang sekarang ni bukannye hak mutlak aku...dan mak aku pun cakap: "Kau tak rasa lagi macam mana susah rasenye nak cari duit sendiri..nanti dah keje baru tau...tak payah la nak buang duit beli benda2 yang tak perlu tu.."


hurmm...ye la...ye la..takpe..takpe..nanti kalau dah ade duit sendiri,ade duit lebih,aku nak beli jugak!!hahaha..


bukannye ape...actually,aku suka sangat tengok gambar2 dpd DSLR..cantik kan??for example macam gambar2 dunia macro kat blog Wan Hazel ...tersangatlah cantek dan membuatkan aku kagum dgn ciptaan Allah.. ;)




so...disebabkan keinginan aku yg satu ni, aku pun pergi melanyak kamera Olympus abang aku yg cikai tu...cehh konon nak feeling pakai DSLR la tu...haha..
takpe la...at least dapat jugak aku capture these pictures...memang la tak secantek DSLR tapi tak kesah la kan...hehe..


ini dia...entah pape yg aku amik...gambar pokok berduri pun boleh je... XD






hahh...close-up duri2 tersebut..jaga2!!



entah ape nama pokok nie....



pokok aloevera pon kau nak kaut jugak ke??


jeng..jeng...duri paling bahaya!!awas..kalau tercucuk kompem menangis!!haha



ehh..eh..tetibe ade binatang ni pulak...dia pun nak interframe jugak!!



alololo...tengah hisap madu ye nak???




disebabkan saiz gambar yg telalu besar,aku dah pun reducekan resolution of these pics...so nampak macam blur2 sikit la..hehe..


okey...tu je nak gebang pada petang yg damai ni...rajin pulak kan aku update blog..hehe...well,since internet hari ni masih okey, kita kena la make full use of it..kan..kan...bijak..bijak!!








Sunday, December 25, 2011

gwa memang jaki gile dgn blogger yg bernama Hafizzi Aziz a.k.a Apit!!grrrr…

 

Assalamualaikum geng..

lu orang tau ape itu jaki??jaki bermaksud dengki atau iri hati atau tak puas hati…kawan2 gwa yg ajar perkataan tu masa kat matrik dulu…perghh..mesti lu orang ingat gwa dah kena sampuk dgn gangterisme kan??haha..

tapi sekarang ni gwa memang jaki gile dgn blogger tu…lu orang pernah terjah blog Apit tu??gwa tau pasal blog dia pon dari cikgu aku, cik Lyssa..iskk..gwa memang jaki betul la dgn dia!!sebab benda ni la..

..

..

..

..

..

muslimah doodle & cartoon cute pink 

iskk…apesal la cute sgt cartoon ni???gwa memang dah terjatuh cinta dgn dia lalu gwa pon menculik cartoon ni dari blog Apit tu…hahaha…jahat tak gwa??jahat tak??

 

gedebukkk!!

**ehh???aku kembali bertukar menjadi blogger yg ayu selepas terjatuh dari kerusi..

hahaha..jangan la terkejut..aku saje je nak berlakon jadi watak penjahat tadi..hehe..ni..sebenarnye aku just nak cakap yg aku kagum sangat2 dgn bakat blogger Apit @ Fizgraphic ni..cantik kan cartoon yg dia lukis ni??memang kreatif betul..aku yg perempuan ni pun kalah… =_=”

tapi sebenarnye aku tak culik pun..dia yang kasi free…haha..dia memang suka kasi freebies…doodle la..bla..bla..aku pun ape lagi..rembat la!!dah orang kasi free kan…ehehe..

 

aku sebenarnye minat jugak dgn benda2 camni..jiwa seni la kononnye..tapi..tu la..bakat tu mcm tak berapa nak ade…dulu aku pernah gak try2 lukis doodle..tapi tu la..lepas tu macam dah malas..lagipun sekarang ni masa pun amat mencemburui aku...

 

petang tadi aku khusyuk gile mengadap “nota2 cinta”..bila mata pun dah hampir nak juling ala ala Fatimah Juling, tetibe jiwa seni aku ni mengade2 nak melukis pulak..so…dgn sisa2 kejakian yg ade terhadap cartoon comel kat atas tu, aku pun dgn bangganye mencabar diri sendiri utk meniru lukisan cartoon tersebut…aku lukis guna tangan je la wei…mana reti nak guna photoshop bagai!!**sebenarnye aku memang tercabar dgn kecantikan kartun tu…by hook or by crook aku kena lukis dia jugak!!

so..hasilnye..

..

..

..

2011-12-25 16.39.27

huaaaaarghh!!apekah yg telah terjadi???cartoon yg tadinye slim tetibe mengalami kenaikan berat badan yg melampau!!uhuk3…sedihnye…ternyata cubaan aku tak berjaya…sob3…okey..aku mengaku kalah…memang jauh panggang dari api la…nak compare sebelah menyebelah pon tak sanggup…ouhh~~~

 

takpe la…aku nak sambung study pulak…saje je nak hilangkan ngantok ni…huhu..tadi pun aku bukannye study sangat …ye la…

mata tengok nota…

telinga pulak disumbat dgn headphone…pasang radio Hotfm..

sebelah tangan sebok meng-highlight words kat atas nota…

sebelah tangan lagi sebok suap jajan dalam mulut..

lepas tu mulut pulak sebok melalak menyanyi lagu Patah Seribu dgn penuh perasaan..(jiwang sey aku!!!)

agak2 berapa % yg masuk dlm otak??heh..lu pikir la sendiri!!

 

( Rx : study week membuatkan aku jadi mereng…adehh..)

 

Friday, April 22, 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

assalamualaikum...
hye..hye...
aku sgt excited pada hari ini!!!!!
yeaa..yea..yea...
for the first time...finally...
dapat jugak aku pergi Pesta Buku ni...jakun kan aku...alaa biase la aku bukan orang KL...so bile da study kat sini baru la ade peluang nak pegi...sob3..tetibe sayu pulak...

tadi...sebab over-excited,aku pun pegi la awal2...since hari ni adalah hari pertama,so diorang pun baru la nak set-up gerai2...tapi..nasib baik banyak yg dah bukak..kalau tak...terpakse la aku melongo kat situ..hehe..
tapi..memang aku sengaje je nak datang awal...
sebab...
nak jumpe...
seseorang....
iaitu...
..
..

..
..
..


tadaaaaa...
kenal tak??kenal tak??
sape yg kaki novel macam aku,sure kenal akak yg comel nie...


yeayy!!!aku memang gembira sgt...
sebab dapat jumpe dia...kecil molek je orangnye..aku rase macam makcik2 pulak bile berdiri sebelah die...
..
..
kak Suri memang peramah..sempat borak2 kejap...hehe
yea..dapat autograf...hehe..


tak sabar nak bace bile balik rumah nanti..dah lame gile aku tunggu novel ni keluar...hehee...
yes..dah ade benda utk aku capai 10 mission-impossible  aku tu..

haa...lagi 1..lagi 1...
aku sempat jumpe kak Siti Rosmizah jugak...
ape lagi..nak autograf!!!hehe



tapi tak sempat pulak nak amik gambo...huhu..x pe la...dah dapat beli novel die yg latest punye...ade diskaun lagi...jimat-jimat...


pandangan dari atas

nape aku rase hari ni aku macam makcik2 je nie??? T___T

alaa..posing aku nampak pelik laa...


sape-sape yg berminat nak jumpe kak Suri ni..boleh la datang lagi...tengok kat bawah nie...
dia ade sampai hari Ahad je tau...

okey la...penat dah nie..nak relax2...
(^_^)

(Rx : banyak duit aku melayang hari nie..huhu..)