Assalamualaikum.
>>>>my all-time crush, Ariz Lufias. ;)
hihi. entah kenapa lately aku rasa macam nak merapu banyak2 pasal diri sendiri. daripada dok mengata pasal orang lebih baik mengata diri sendiri ye tak?? ahah. I’m pretty sure that no one will ever read this though. so takpe la kot. haha. (melainkan silent reader tu tak tau la kan. haha. senyap2 sudah..)
so actually aku just nak membebel pasal kisah cinta aku yang tak kesampaian. kirenye macam cintaku bertepuk sebelah tangan. eceh macam lagu pulak. hahah tragik beno bunyinye. kan. hehe. walaupun mungkin orang tengok aku ni macam ice princess, yang macam takde perasaan, tapi sebenarnye dalam hati aku ni ade jugak taman tau. haha. jangan tak tau.
the purpose of this post is only just for fun. saje2 nak mengembalikan nostalgia lama gitew. we gonna talk about having a crush. yup. ni la sebenarnye yang aku nak kabo kat sini. aku rasa semua orang mesti pernah ade crush kan. normal la tu. dalam hati tu mesti ade rasa terminat kat someone, even sekecil kuman sekalipun. kan. kalau takde tu tak tau la ye. engkau ni straight ke idok?? haha joking joking. peace!
once upon a time. amboi dah macam nak berpenglipur lara la pulak. okey. serius2. seingat aku, my unrequited love started during my primary school. ya ampun. kecik2 lagi dah gatal taktau la nak cakap ape. haha. tapi memang aku still ingat lagi semua crush aku dari dulu sampai sekarang. amboi. macam banyak beno je. tapi memang ramai pun. nampak sangat aku ni mempunyai hati yang lemah. ye la. hati senang jatuh. LOL
so, aku pernah terminat kat classmate aku dulu. dia ni seorang atlet. kirenye pandai la bab2 sukan ni. aku pun tak tau kenapa aku minat kat dia. haha. tapi dulu masa kecik2, kalau kita minat kat someone tu mesti kite akan cakap kat kawan rapat kite. macam nak gitau yang he’s mine. aku dah cop dia dulu. camtu. haha lawak betul bile fikir2 balik. betapa tak matangnye kite.
kemudian dah naik darjah bape entah, aku ter-admire kat orang lain pulak. kah3. kat sorang senior ni. aku minat pun sebab masa tu ramai orang minat kat dia. kirenye dia tu famous amos la. kirenye aku mengikut trend la. haha. poyo. pastu at the same time aku macam terminat jugak kat classmate aku nih. haha, boleh pulak kan. tapi aku ni hebat. aku pandai sembunyikan perasaan aku. takde la nampak obvious sangat. sampai sekarang aku rasa takde sape kot yang tau yg aku ni pernah minat kat dorang. hahahahah.
okey itu citer sekolah rendah. moving on to sekolah menengah. aku rasa zaman sekolah menengah ni, hati aku kuat sikit. aku macam tak berapa nak jatuh tergolek kat sape2 sangat. kalau ade pun, cuma sekejap je pastu that’s it. bagus jugak. sebab at least aku dapat fokus kat pelajaran. keh3. ye la tuuu. tapi tu la. aku ingatkan aku ni kebal sangat. tak sangka dah nak last2 tu boleh pulak hati aku tergolek kat someone. and that someone is not someone ordinary. He is a teacher!! haha or should precisely I said, an ustaz. >,<!!
memang aku rasa tahap ke-crush-an aku terhadap ustaz tersebut adalah sangat tinggi. aku rasa time tu ustaz tu cikgu praktikal camtu kot. muda lagi orangnye. nama dia Ustaz L. nak senang Ustaz Lufias la(bukan nama sebenar). ya ampun. ustaz tu memang macam imam muda sangat. (time tu dah ade imam muda ke?tak ingat la). dia pakai spec. macam aku gak. haha. muka dia memang la hensem. tapi tu bukan pointnye. aku rasa macam sejuk je mata memandang. teheee. maybe sebab dia ustaz kot. tapi kebetulan masa tu kawan aku pun terminat jugak kat ustaz tu. aiseymann kacau daun la pulak. haha. tapi at the end, kitorang agreed to stalk the ustaz together. memang jadi stalker habis la. sampai satu tahap siap2 gado2 sape yang lebih sesuai dengan ustaz tu. punye la kebudak-budakan padahal dah form 5 dah time tu. hahaha.
ape yang bestnye. aku ni kan memang pemalu tahap naga kan. takkan tibe2 nak menggedik kat ustaz tu kan. kang nanti aku dicop student yang gatal. habis la reputasi aku sebagai pelajar harapan. hahaha. so ade la satu event yang membolehkan aku speak indirectly dengan ustaz tu. detik bersejarah tu adalah time perarakan marhaban maulidur rasul. kebetulan ustaz tu jadi juri camtu. and kebetulan, kelas kami lalu kat depan dia. masa tu ustaz terlepas pandang kot. so tak dapat catch up nama kelas aku. to my surprise, tibe2 ustaz tu panggil aku. coz kebetulan aku berbaris kat bahagian tepi kot. of course la bukan by my name. bukannye dia kenal aku pun. tapi kau bayangkan la betapa girangnye aku masa tu. sampai aku nak jawab pun macam tergagap2 sebab segan yang amat. hahaha.
but for sure for the rest of the marhaban, memang aku senyum sampai ke telinga. ^________________^ macam ni. hahaha. a dream came true wehhh!!! tak sangka sangat. aku rasa takdir sangat memihak kepada aku. hihi
tapi macam tu je la my crush story towards that ustaz. sebab lepas SPM kan aku dah blah dari sekolah. I wonder where he is right now sebab aku dengar tak lama pastu ustaz tu pun pindah gak. entah2 dah kawen. uhuhu. **nangis
next moving on to matriculation. even it was just for a year, aku sempat jugak la jatuh tergolek kat someone. hihi. seingat aku just sorang je kot yang betul2 left a deep impression in me. sebab masa tu tau2 je la. matrik tough gile kan. memang study kuat punye maaa. tak mau repeat. tak sanggup deh. so tak sempat la nak menjeling sana sini sangat. aku cume sempat admire sorang ni je. he was soo good in football. I wonder kenapa la aku ni mudah sangat minat kat atlet2 ni. maybe sebab dorang nampak cool kot. mihmihmih. masa ade football match time kat matrik tu, memang aku setia kot tengok dia. nampak bergaya sangat!!. *__*
so setakat macam tu je la. lepas matrik semua pun dah berpecah ikut uni pilihan masing2. goodbye crush!
and then tibalah di zaman universiti pulak. haha. ikut kronologi betul kan citer aku nih. orang kata time kat u ni la nak cari jodoh etc etc kan. hahah. pilihan pun banyak. (ye kee??). masa orientasi, aku sempat crush kat sorang senior ni. abang fasi. muka dia ade iras Akim kot kalau tak silap. haha. (ni habis la kalau classmate aku baca ni. lantak lah. citer lama je pun.). biase leteww adik2 freshie dok nak crush dengan abang2 fasi. keh3.
and then, bile dah start class, aku ter-crush kat senior aku pulak. aku rasa yang ni ade jugak yang tau kot. heheh. aku pun tak tau kenapa ek aku boleh crush kat dia. tak ingat lah. tapi crush story ni tak lama mana pun sebab tak lama pastu dia pon dah berambus. oppsss sopan sikit bahasa tu. XP. I mean dia dah grad. so tak dapat la nak jumpe dia lagi.
so. aku pun menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswi yang kadang kala membosankan seperti biasa. haha. ayat takleh blah. sampai la satu saat, di mana hati aku yang dah lama tidak terusik, tiba2 terjatuh lagi. eheeee ayat so menggelikan anak tekak. mohon jangan muntah. tibe2 I’m fallin’ in love again. ngeeee. macam pelik je. okey I’m having a crush again. aku rasa aku dah citer dah asal usul macam mana aku boleh crush kat dia. hihi. so aku malas la nak citer banyak2. takut kantoi pulak. hahaha. (even sebenarnye aku rasa macam dah terkantoi. macam la. aku tak pasti dan aku taknak kepastian. so kepada sesiapa yang macam dah dapat hidu tu, mohon senyap2 saje sudah la ye…heee). ape yang aku boleh cakap, he’s not from my faculty. that’s it. kah3. tapi kan, aku boleh dikatakan agak lucky sebab banyak kali jugak la aku terserempak dengan dia. sebab tu la ade je la tweet aku yang macam ala ala dalam hati ade taman. ^___________^ . senyum camni lagi.
cumanye tu la, towards the end tu macam dah jarang nak terserempak dengan dia. so, harapan aku sekarang ni cume satu. which is I hope to see that someone during our convocation day. my last hope gitu. see you at graduation day, dear crush. (ehehehe segan la pulak.). kalau ade jodoh, we’ll meet again. kalau takde nak buat camne kan redha je la. memang cerita crush2 aku semua pun berakhir dengan tragis. hahaha. harap2 dapat la say goodbye properly. bukan depan2 la. dengan bahasa mata gitu. kih3. kalau dapat wink2 pon okey jugak. okey tak. jangan nak menggatal fifi oiiii. =P
orait. sampai sini je la cerita crush aku. sampai bile2 pun aku akan ingat kat orang yang pernah menjatuhkan hati aku yang beku ni. hohoho.
cume satu je la aku nak pesan kat adik2 especially yang masih kat bangku sekolah tu. takyah la dok nak bercintamonyet sangat kan adik2 oiii. nanti pelajaran ke mana kau ke mana. kalau setakat nak minat2 je, macam akak ni takpe la kot. tak ganggu pelajaran pon. haha. quite disappointed jugak la bile tengok budak2 sekarang ni dok hanyut bercinta bagai nak rak. berpapa mama dah macam ape kat fesbuk twita instag sume tu. alahai adik oiii. engkau tu masih muda tahu. pelajaran tu yang paling penting. tengok akak kau ni, hampir 23 tahun solo, hidup je lagi. tak mati pun la kalau takde boipren. hahaha. okey itu je la pesanan penaja. kang aku cakap lebih2 nanti ade yang hentam pulak kan. no no no. not my intention to start a war. no hard feelings okey. I love peace. just a sincere advice. nak terima ke tak. terserah. >,<
end of story. annyeonghagesayo! ;D
1 hot people like this:
i read this..hahaa..mana tau lpas habis belajar ni tup2 jumpa balik dengan ustaz tu..anda di tag :D http://fadhleyanie.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html
Post a Comment