Sunday, September 7, 2014

20 random facts about me

 

Assalamualaikum.

IMG20140809102019

(aku suka paksa Iman selfie dengan aku. haha.)

aloha. this is rare yaww. selalu kan once in a blue moon je kan aku update. but this time I decided to make a comeback. ohho pleaseee takyah nak comeback sangat lah ye. nanti cakap tak serupa bikin. habuk pun tarak.

so this 20 facts about me thingy has been viral for quite some time kot. kat instagram tu dok berjela-jela orang dok merapu pasal diri memasing. haha. tapi aku suka je baca. ye la mengisi masa lapang la katakan. aku nak je buat kat instagram tuh tapi bile fikir2 balik, aku rasa macam tak muat je. sebab as a blogger, setiap fakta wajib disertakan dengan huraian. gitewww. so I decided to post this thing kat blog je. takde sape2 tag pun sebenarnye. tak kesah la. buat suka2 je kan. ;)

without further delay, meh la mengenali aku dengan lebih mendalam lagi. ecewwwahhhh gitewwwww. geli anak tekak iolss. LOL

**these are just randoms. not based on any specific questions.**

here we go:

1. selfie freak. ini memang fakta yang sangat kukuh sebab disertai dengan bukti sekali. hahaha. maap la kalau annoying! =p . tapi aku memang minat bidang fotografi ni sebenarnye. selain selfie, aku suke sangat snap gambar kucing. haha.

2. seorang yang pendiam tapi kadang2 boleh jadi gila2. dan kadang2 boleh jadi mulut laser. haha. dengan stranger, maybe personaliti aku macam pendiam, pemalu gitu. tapi bile dah kenal rapat, aku boleh bertukar menjadi seorang yg sangat gile dan suka buat lawak kurang bijak. xp

3. tak ramai kawan lelaki. almost macam takde langsung. I mean kalau kawan lelaki yang aku pernah satu group pastu buat keje sama2 tu ade la. but just camtu je lah. kalau bukan sebab group tasks or anything relevant, aku jarang sangat berborak dengan budak laki. and this one thing really makes me wonder. kenapa eh dorang (budak laki) macam tak berani nak tegur aku? maybe dorang tengok aku ni macam pendiam & pemalu je and macam budak baik-baik. hahah. tapi sebenarnye aku okey je kalau nak ajak borak ke ape. guwa rock beb! haha. but seriously kan, aku teringin jugak nak ade bff yang berlainan gender. orang kata bff lelaki ni lain. lain camne tak tau la kan. haha.

4. socially awkward. maybe aku nampak macam peramah dan banyak cakap di alam maya. tapi realitinya, I am an awkward person. sometimes I behave that way towards certain people. tak tau la kenapa. nak kata split personality, bukan. tapi tu la.

5. sukakan kucing tapi tak pernah berani nak peluk kucing sebab takut kena cakar and takmo bulu2 dia melekat kat baju. kadang2 aku rasa macam ade alergik dengan bulu kucing. tapi setakat ni okey je kalau setakat belai2 camtu.

6. aku sebenarnye takleh tengok orang yang ala ala manja gitu. sorry no offence. but I really cannot. entah kenapa aku rasa irritated sangat. jangan la nak cuba bermanja-manja dengan aku. memang kau salah tempat. kalau kau budak kecik aku boleh terima lagi. kalau dah besar panjang tu mohon jangan. maybe sometimes aku boleh tolerate tapi jangan sampai aku rasa annoying sudah la.

7. I know how to cook but I’m not really good at it. setakat masak nasi and tumis2 campak2 gitu boleh la. tapi kalau masak megi guwa memang handal! ngahaha. habislah. sah sah ni bukan calon menantu pilihan. kekeke.

8. sangat suka teh o ais limau. kalau makan kat warung, memang aku akan order air ni je la. padahal kat rumah tu banyak je limau kasturi, tapi nak buat sendiri malas!

9. quite difficult to say cheesy words like I love you etc etc. aku susah sikit nak cakap and tunjuk rasa sayang kat seseorang tu. entah kekadang rasa macam ohmyyy so cheesey wedges! haha.

10. love arts so mucho! suka draw kartun2, anime and ape2 yang aku rasa cantik lah. tapi lately aku dah jarang melukis. tu sebab jari ni pun macam kaku semacam.

11. teringin sangat nak belajar main piano! ade jugak niat di hati nak beli keyboard yang murah2. tapi yang paling murah pun is quite expensive jugak la bagi aku! huhuhu. sudahnye download apps piano kat phone and tekan2 la macam orang gile. tapi feel dia tak sama dengan yang real! T__T

12. seorang yang penakut nak drive even dah ade license. yeah. ini adalah masalah paling besar bagi aku. aku cepat panik la bile tengok banyak vehicles menjalar kat jalan tu. pastu mula la konfius nak fikir, nak buat keputusan. cepat gelabah! adoiyaiii. please.. someone be my driving guru pleaseee… T___T

13. tak tahu baca peta dan susah nak ingat jalan. tak kira la berapa banyak kali lalu jalan yg sama, kalau biar aku sorang kat situ, kemungkinan untuk aku sesat adalah sangat tinggi!  *sigh

14. suka cakap sorang2 a.k.a bermonolog luaran. ahah. this is my very special feature. semua orang pun dah iktiraf!! haha. tapi orang cakap, cakap sorang2 ni tandanye orang tu intelligent! haha.

15. I love nature very mucho. aku memang suka sangat dengan sungai2, hutan, air terjun, pantai, pulau, air laut, gunung ganang etc etc. tapi tu la, rezeki takde lagi nak menjelajah ke tempat2 tu. berapa je pantai yang aku pernah pegi. tu pun just singgah sebentar. holiday jangan harap la! Y___Y

16. I hate small animals yang slippery and yang jenis mengengsot tu. memang geli bakhang! cacing, siput, lintah, pacat, katak dan yg sewaktu dengannye. memang aku boleh menjerit dengan kuat kalau nampak benda2 alah ni. eeee tak boleh la. tak suke tak suke.

17. seorang yang cepat marah dan cepat sejuk. aku takleh marah lama2 sangat dengan orang. suka merajuk jugak. dulu kemerajukan aku adalah sangat severe! tapi nasib sekarang dah kurang.

18. eyeliner lover! iolss sukeee sangat dengan eyeliner. tapi malangnye iolss cume reti pakai pencil eyeliner je. benda2 pasal beauty and makeup memang iolss suke sangat! tapi tu la, satu ape pun tak reti! T_T

19. I love shopping. especially baju2 yang nampak cantik dan MURAH!! I LOVE SALES so much! muahaha. tapi aku tak berapa suka beli barang2 branded sebab bagi aku ianya adalah satu pembaziran. (aku menyesal sebab mengikut nafsu beli barang mahal2 sebab mengidam barang branded punye pasal, padahal aku boleh beli benda yg sama pada harga yg jauh leeebih murah. sejak hari itu, aku berazam aku takkan bazirkan duit lagi unless bile aku dah kaya nanti boleh la kot. hahaha). tapi ape2pun I’d make sure the quality of the item is good.

20. kipas-susah-mati Kpop. oh aku memang la kpopper tegar! tak kira la drama ke, variety show ke kpop group ke. semua aku sukee. my all-time fav Kdrama are Master’s Sun, My Love from The Star & Rooftop Prince. >,<. Fav variety shows are Weekly Idol, EST (huhu), Strong Heart, Gag concert & Beatles Code. RM dah kureng sikit la sekarang. haha. Kpop group kegilaan >> EXO! (even now Kris dah takde, tapi aku still akan letak Kris dalam EXO jugak..huhu), SNSD, SUJU, Infinite, T-ara, Vixx, TVXQ, Shinee, Kara, f(x), B.A.P., B1A4, BTOB, Teen Top. okey cukup la tu. ade banyak lagi. tapi takkan nak list sume? lemak la kan. haha. so, any Kpoppers out there ?? ngeeeee  **give me 5**

 

okey la. aku rasa tu je la kot. dah panjang berjela dah ni hah. so sape2 yang belum buat lagi tuh, meh la buat. kan seronok! hehe. xoxo. happy reading!!

0 hot people like this: