Showing posts with label UKM life. Show all posts
Showing posts with label UKM life. Show all posts

Tuesday, November 11, 2014

03112014 : my convocation day : I’m officially graduated yaww!! >,<

 

Assalamualaikum.

 

IMG20141103130434_mh1415006008848

 

akhirnye aku update jugak. haha. mula2 tu kan rasa malas gile nak menaip. otak siap main tarik tali lagi dengan hati. bertekak nak update ke tak nak ke tak. kan bagus kalau kite boleh bluetooth ape yang ade dalam otak kite terus ke laptop. haha. takyah nak susah2 menaip. aipp ape aku mengarut nih.

bile fikir2 balik, it is one of my precious moments in my life kan. so kena la abadikan kenangan tu dalam belog. kata blogger. ececeh. macam poyo je.

so, last Monday, 3 November 2014 was my convocation day. to be precise Majlis Konvokesyen UKM yang ke 42. mine was in Sidang 5. pagi uolss. Lepas Subuh terus iolss kelam kabut berangkat ke DECTAR. nasib sampai awal. parking pon kosong lagi. heheh.

btw aku stay Bangi Lanai Hotel. ala2 macam homestay gitu. murah pun murah. dekat pun dekat dengan DECTAR. aku ambik bilik standard, RM 75 per night. okey la kan. aku pun just nak tido sekejap je before konvo keesokan harinye.

actually kan, aku agak terkilan jugak sebab time konvo tu tak dapat pun nak ambik gambar kenangan dengan lecturers. dengan kawan2 pun seciput je. huhuhu. dengan family pun boleh dikira. sebab lepas keluar DECTAR tu dah tengah hari. panas gile kau. family aku pun memasing dah penat. kesian pulak kan nak paksa ambik gambar bebanyak. takpe la yang penting aku dah ambik gambar studio tu. so sekarang tinggal menunggu je la gambar nak sampai. lama lagi oiii. sama la macam menunggu surat SPA, KKM yang tak kunjung tiba. tsskkkk.

apepun alhamdulillah. finally, I’m officially a degree holder. BPharm.(Hons.).

okey nak cakap pasal ape lagi ek. nak tunjuk gambar? sama je pun macam yang aku dah post kat facebook & instagram tuh. actually jeles jugak bile tengok gambar kengkawan yang kemain lawa especially yang guna DSLR tuh. nampak beseri-seri uolss. haha takpe la, nanti gambar kawen iolss akan kupastikan lebih berseri-seri lagi. ehh??? **krikkkrikkkriikk

 

IMG20141101095245

aku tak tau pun benda alah ni orang panggil mortar? selalu aku panggil topi konvo je. mortar and pestle tu aku tau la. haha.

IMG20141101095558

hashtag misi jubah turquoise. jubah guwa dia punye benang sulam tu dah serabai dah. haha.

IMG20141101100116

sila jangan bash. yup. aku memang suka ambik gambar trivial things like this. why? sebab it is kind of satisfaction for me. photography is my therapy. ^_^

btw sape nak kasut hitam tu? size 37. baru beli semata2 nak konvo. cisss. sempit pulak. aku menahan sakit je time konvo tu. nasib time ambik skrol aku tak jatuh tergolek. sebab tu lepas keluar dectar aku terus meluru ke kereta sebab nak tukar kasut biru feveret aku. biarlah comot. biarlah selekeh. asal tak sengsara.

 

gambar preconvo sikit. ngeeeee. walaupun cuma dapat preconvo kat rumah je, takpe la. asalkan ade sikit. ;'D

preconvo

 

uri_mh1414818398689

masa ni dah fikir dah nanti nak buat pose ape time ambik gambar konvo. tapi sudahnye, time konvo ritu, gambar sume sama je. pose tercegat tegak berdiri bagaikan pokok kelapa. aigooo~~

 

IMG20141025095055_mh1414203293135

auntie…Iman nak konvo jugak!!!anyonyonyo… ^^

 

okey la. nak letak jugak la gambar konvo kat sini. peduli ape kan. haha. some are unseen photos. ngehehehe.

 

IMG20141103061108

pepagi buta dah wefie. kau mampu?? haha. pagi2 bedak okey lagi. sejurus keluar je dari DECTAR, ya ampun muka dah macam hape kauuu. nak tengok cermin pon ngeri.

IMG20141103070612

muka tak puas hati sebab adik aku ambik gambar asyik blur je. haha. kesian adik aku. kena buli. memang I wish that I can clone myself that day so that I can take all the photos according to my standard. yeah you know. my standard is quite high. but I know It’s not possible after all. hehe. (btw my ootd is my baju raya!!hehe..tak sempat nak beli baju baru. and to be precise, duit tadaaa..haha)

 

IMG20141025112928

kad alumni. wajib bawak ye. kalau tak takde la gambar ekau masa amik skrol atas stage tuh. ngeeee. aku suke sangat dengan kad alumni ni sebab muka aku nampak mude remaja daripada biase. heeeeeee. dah Alumni weh. rasa macam dewasa sangat!!

 

IMG20141103114417

inside DECTAR.

IMG20141103114405

the parents. harap bertabah kena stay hampir 4 jam lebih dalam DECTAR. para graduan?? semua khusyuk menunduk. gagagaga.

 

IMG20141103095313

mengambil kesempatan. hahaha.

 

Screenshot_2014-11-11-13-44-31

snapshot ambik skrol. punye nervous kau. dah lama tak on stage kan. aku dah lupe segala protokol watsoeva. main ambik je skrol tu. ampun Tuanku! mohon gambar atas stage ni cantek la woii. tapi entah kenapa hati aku kuat mengatakan bahawasanye gambar tu akan nampak cacat dengan mata aku tengah terbeliak ke atas sebab aku macam dapat ingat yang time tu la flash kamera terpancar. oh demmmm. RIP my stage photo. the only one that I can rely on is my studio photos.

 

IMG20141103114306

after 4 years. tadaaaa!!! heheh padahal masih empty lagi dalam tuh.

 

10420290_10203291957795762_5304338700831403395_n 

le classmates. Rx batch 2010-2014. congrats kawan2!! **spot me

 

IMG20141103135401

 

IMG20141103131054

gambar berlima dengan bantuan monopod. actually nak pegang monopod pon tak larat weh sebab penat plus lapaarrrrr!!! last2 tak gune pon monopod tuh. =,="

 

IMG20141104182405

the bouquet of flower. harap maklum. iolss is jakuns sebab first time in my life receiving flower. even aku yang paksa untuk dibelikan. kahkahkah.

okey dah la. tu je kot gambarnye. yang lain sume dah ade kat fb mostly.

 

last but not least, I want to express my utmost gratitude to all my UKM lecturers & staffs, my teachers dari Tadika Kemas, SK Seri Pematang Rengas, SMK Seri Medan & KMNS. (actually rasa tak sedap hati sebab kat post fb tu aku just mention lecturer UKM je. mase tu pun aku dah pening2 lalat nak pikir caption dengan kepenatan yang belum hilang. huhu. padahal cikgu2 sekolah aku dulu la yang banyak sangat membantu so that aku boleh sampai ke tahap sekarang ni. terima kasih cikgu!!  **lap air mata).

my humblest thanks goes to my family for their endless support. there are times that I feel like to give up, but I know my family is always there. and that’s what makes me stronger to keep going till the very end.

to all my friends, thanks for allowing me to draw beautiful memories with all of you. the path aint always easy. but having all of you throughout this journey really help me to endure all the hardships and pain.

thanks to Petronas, KPM  & JPA for sponsoring me throughout my journey to become a graduate. without these financial aids, I couldnt be afford to graduate on time. considering today’s competition, I was really grateful for being able to secure the sponsorship. I know. It aint easy tho.

terima kasih jugak kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam perjalanan diri ini menuju puncak menara gading. InshaAllah. diri ni akan cuba untuk berbakti kepada masyarakat dengan sebaik mungkin.

Pray for me. to be a better pharmacist in the future. for the society. Amin.

psttt : engkau tengok. betapa panjang berjelanye aku membebel. inilah padahnye kalau dah berbulan tak update. ayat2 sume dah teperam jadi pekasam. hahaha. last2 let it go. let it all go~~~~

pssttt lagi : akhirnye..my last wish to see him time convo hari tu tercapai jugak. ngeeeee. I was so close to him and yet I had to pretend to ignore him. yes. my heart can rest in peace right now. goodbye dear YOU!! >,<

 

nota kaki >> baru je dapat berita yg kurang menyenangkan. guwa posting PRP maybe next year baru dapat. ohmyyyy. like seriously??? haruskah aku menjadi pengusaha anggur selama ini??? why why why why……….

kalau la blogging ni boleh dapat duit kan…….. T___T

Sunday, April 27, 2014

PharmNite 2014 : Palace of Miracle

 

Assalamualaikum and happy weekend.

so last night our faculty held our annual dinner at Flamingo Hotel. Hotel yang Farid Kamil & Diana Danielle kawen tu. eh tak tau la betul ke tak.

so the theme was Palace of Miracle. kind of princess princess giteww.

last time aku tak sempat nak buat special entri for my 3rd year dinner. biasa la. time tu tengah busy gile dengan tesis kan. eceh katanyee.

so this time, wajiblah untuk aku mengabadikan kenangan terindah tersebut kat dalam belog nih. our last dinner kot. hopefully, Insyaallah. even tak sempat nak ambik gambar kenangan banyak2 sangat, ambik gambar dengan lecturer, tapi ade la jugak. boleh la kalau nak buat kenangan di hari tua kan. muahaha

macam biasa la. since handphone aku tak secanggih orang lain, terpaksa la aku menumpang muka untuk masuk ke dalam phone or camera orang lain. sedih bukan?uhuk3.

**amaran : pictures overloadness. and sometime gedikness. =P

so now, let the miracle begins….

page2

nahhh…bunga untuk awak!! hehehehe.. (konsep gambar sama macam dinner tahun lepas..haha)

C360_2014-04-26-19-49-50-419

gambar makanan tak sempat nak ambik sebab dah kebulur sangat.haha

C360_2014-04-27-08-42-06-592

cant believe that I’m graduating soon. mixed feelings. uhuh

C360_2014-04-26-18-13-21-138-horz

so this was my OOTD that nite. amacam?? ade nampak macam princess tak?ke macam nenek princess?? ahaha. tak kesah la kan. so basically, aku tak beli ape2 pun. sumenye just reuse benda yang sedia ade je. except for the lovely dress yang di-sponsor oleh my beloved friend, Mira. thanx a lot sebab bagi peluang aku fefeeling pwincess that nite even actually my trial macam tak berapa nak menjadi disebabkan kegagalan aku untuk mix & match dengan jayanye. haha. (rojak habis dah bahasa aku.)

Slide1 

sebelum masuk. anyonyonyo suke sangat gambar ni. macam chantek je macam chomel je. haha. *flipshawl

Slide2

konsep gambar haruslah fefeeling outdoor photoshoot. gitu. LOL

Slide3

le housemates. but incomplete. background tu sangat lawa okeyy..

Slide44

hah. yang ni baru complete. but still missing one person actually.

aku suke sangat dinner tahun ni sebab dapat ambik lebih banyak gambar ramai2. tak macam sebelum2 ni. asyik selfie je. asyik gambar sorang2 je. nampak sangat lone ranger. nampak sangat forever alone. *tacing

Slide21

orang tua2 cakap anak dara tak baik duduk kat tangga. tapi kesah ape kan. ahhaha

IMG_2538

sukenye..ade gambar ramai2 camni. lebih2 lagi bile aku nampak lebih tinggi dpd biase.. >,<!!

IMG_2499

le classmate. looking gorgeous in her hanbok. dah macam orang Korea bebetul pulak.

IMG_2534

yeayy…dapat jugak ambik gambar dengan mentor, Dr. Haliza.  sadly this is the only picture taken with lecturer. huhu

C360_2014-04-26-18-41-20-906

the only picture with junior. haha. biasa la. aku ni bukannye peramah mana pon. junior pon aku kenal sorang dua je. haha. bagus punye senior kann..

C360_2014-04-26-18-08-08-523

why why why??kenapa pic kita mesti blur?. hurm. takpe la. at least nampak jugak ‘kemesraan” Afiqah-squared. haha.

photobooth

yayyy…ade photobooth!!!aku memang dah lama nak cuba benda alah nih. geram tengok props sume cute2 belaka!!

roll…camera..action!!

Slide33 

Slide34

Slide35

page3

miss moustache!

okey now. solo shots pulak. ehehe. but lighting macam malap2 sikit lah.

props 

page

page4

Dia. Perasan. hahaha

1902978_10202154712445339_8976474382829983698_n

us. Rx4. tskk muka guwa tak dapat dikenalpasti.

10014129_840177332663231_5132932863935427974_o

takpe. yang ini ada. haha. *tetibe selit gambar lain

Slide50

post-dinner. haha sempat lagi. abaikan tong sampah kat belakang. pose camni la yang aku nak sebenarnye. sebab konon nak tunjuk dress tu kembang2 kan. tapi dah habis dinner baru ilham tu datang. haha. kemain tau. nak posing pon kena cari ilham. harharhar *lawakhambar

mostly people suke upload gambar banyak2 directly kat fb kan. but as  for me, I prefer blog more. sebab aku boleh write the stories as well. ;)

baiklah. itu je la gambar yang aku sempat tuntut. yang lain2 yang tak sempat tuntut tu takpe la. simpan dalam ingatan je la. huhu

saya sudahi entri kali ini dengan kompilasi gambar aku during PharmNite, dari 1st year sampai la sekarang. syahdu pulak. cepat betul kan masa berlalu. kejap je dah final year. sobs3.

dinner 4

gambar yang cantek sikit aku tak jumpe. bantai je la gambar yang ade. haha. note the revolution process.

from tudung sarung > tudung syria > tudung bawal > pashmina. wahh aku berevolusi jugak rupenye… xoxo

from muka innocent >>> muka matured. hihik

from muka nampak tua >> muka nampak muda. ehh??haha

Rx : gigih kan aku tulis entri ni. takpe. last one. lepas ni dah takde benda nak update sangat pon.

Wednesday, December 11, 2013

11.12.13

 

entri ini takde motif langsung..

cuma nak memahat memori pada tarikh special ni..

Zain-Che Ta & Jovianina nikah hari ni..

aku??kalau boleh nak jugak tapi takde calon lagi kannnn…ecececeyyy…hahaha

tapi..hari ni kire bersejarah jugak la sebab dah melepasi fasa kritikal untuk attachment semester nih..phewwwww…lega gilee..

 

onco attchmnt

so..this is it…the ultimately “horror” oncology attachment/presentation…hahaha..horror bukan sebab ape..sebab preceptor dia..she can “kill” us on the spot with her unexpected killer questions..tu je…LOL!!

reposted : sweet moment with sweet preceptor!

(muka sume happy je..padahal…hahaha)

 

(Rx: tinggal satu lagi attachment next week!!yeayeahh…)

Sunday, November 17, 2013

take a break!! A sweet escape from my hectic & stressful life…

 

Assalamualaikum…

 

MomanCamera_20131115_002001

(benda ni dah jadi kegilaan ramai sekarang ni…sampai aku pun addicted nak try sume.…hihihi)

 

errr haii???lamanye aku tak menjenguk belog sendiri..entahkan sihat entahkan sakit…memang dah terabai hampir 2 bulan jugak la…tak perasan pun..time surely flies…isn’t it??

ehh awkward pulak la aku rase…krikkkrikkk bunyi cengkerik…

so aku pun tak plan nak update belog time2 camni…time tengah busy dgn segala benda yg menyerabutkan kepala otak aku ni…sampai kepala otak aku ni pun kadang2 mereng kadang2 straight…hahaha…semoga terus stabil throughout this remaining semester la hendaknye…amin…

 

well…I guess this is one of my sweet escape la kirenye…nasib baik la ade blog comot ni..ade jugak tempat membebel meluahkan perasaan, release tension etc yg sewaktu dengannye…ye la kalau nak story mory dekat orang lain pun aku rasa sume orang ade masalah masing2 sekarang ni…sume orang tgh stress..cuma kadang2 kite je yg tak tau…

 

**********************************

so ape citer yg tengah hot sekarang ni??LYMA??dah habis dah…ni la satu2nye drama Melayu yg aku gile2 follow…sampai sanggup berhabis volume broadband tu semata2 nak tengok kat tonton…tak ke keje gile namanye tu??pastu bile bb dah over limit mula la menyesal tak sudah kannn…tskkkk..sadis betul hidup kau kann..

 

ohhh yeahhh…ade satu citer hot yg berlaku kat kampus aku ni…aku rasa ramai kot yg dah tau pasal fenomena Hafiz Zainal…hehehe..well well well..since dia kan baru je pindah masuk Dental UKM sekarang ni, of course la sume orang jakun gileee…(dan itu mestilah termasuk aku jugak…hahaha)…lebih2 lagi bile dia dah jadi “artis” gitewww bile menang APM hari tu…

(aku pernah mention pasal Hafiz Zainal dlm entri ni..)

tapi masalahnyee…sampai sekarang ni, aku belum pernah lagi terserempak dgn beliau kat fac…nak jugak tengok face-to-face ye dakkk…takpe la..kalau ade jodoh, jumpe la tu nanti… ***krikkkrikk bunyi cengkerik lagi** wkwkwkwk

 

hfzznl

so…ni aku culik dari instag dia…hahaha…papepun welcome to UKM la ye…semoga jadi dentist yg berjaya la hendaknyee…pastu jadi Malaysian’s first dentist-artist gitewww..hewhehewhew..

******************************************

okeyy so now berbalik kepada diri sendiri…alaaaa aku tau bercerita pasal diri sendiri memang membosankan kan…kalau citer pasal artis ke ape ke suke je ekkk..hahahaha…

so kepada yg tak tahu tu, hujung bulan Oktober yg lepas aku telah diserang oleh virus durjana yg diberi nama Varicella Zoster virus…amboihhh saintifik sangat bahasa kau kan…konon bajet budak health science la kan…piraahhh..hahaha…okey bahasa mudahnye orang panggil chicken pox or cacar air or cengkering…

 

tuf

tapi I noticed that some people still confused between cacar air dgn campak…it’s a different thing okeyyy..even their english term is different…campak is measles…so what is measles??sila la google sendiri..takkan nak kena explain jugak kan???hahaha

you know what, masa aku suspect yg aku kena chicken pox ni aku rasa down gilee…rasa stress gile..rasa macam why me??why now??kenapa nak kena time aku tengah busy dgn tesis aku yg tak siap2 lagi tu??time aku ade midsem pulak tu!!ohh why. why. why??

I suspected that I was infected when I feel something wrong with myself…rasa macam sakit2 badan…rasa macam nak demam…pastu tibe2 ade gelembung kecik pulak kat badan kan…kat kepala pun ade sebab suddenly aku rasa macam kenapa gatal gile kepala aku ni??then…aku check kat internet & i found out that those symptoms really matched with chicken pox’s symptom…

ahhh sudah…aku terus call rumah sambil menangis bagai…macam guwa positive kena jangkitan yg berbahaya je kan…drama betul…then abah guwa console guwa…suruh redha kalau betul2 positive kena chicken pox tu…after a while, aku jadi tenang sikit…ehh apesal tetibe jadi guwa pulak??

so, the next day bile aku pegi check up dgn doktor, it was positive!!and aku dah boleh terima kenyataan bahawasanye aku dah pun dijangkiti cengkering pada usia besar gajah ni…eh takde la gajah sangat…besar kancil mungkin??haha

so bile doc kasi MC seminggu, aku terus balik rumah…aku dah tak larat nak fikir pasal midsem exam, tesis sume tu…memang tergendala la sumenye…biaq pi la..yg penting, at that time, I need my family more than anything…

 

but to see things in the bright side, aku rasa ade hikmahnye kenapa aku kena sekarang…not later…not some other time…time aku kena tu, luckily, midsem paper aku just 1 subjek je…so takde la aku rasa macam nak mati nak re-sit paper tu kan…(even aku rasa paper tu macam ke laut je time aku re-sit exam tu last Friday…huhuh..entah la…memang aku tak paham sebenarnye ape yg aku baca…I hope I could make it to top up balik marks for final nanti…I hope so laa..)….

and then, kebetulan time aku kena tu pun memang the whole week takde class langsung & the following week pulak was midsem break…so takde la aku ketinggalan kelas ke ape kan…pastu dengan clinical attachment sume tu…phewww kalau tertinggal memang meraung la aku nak ganti balik kan…memang nightmare la kan…and syukur jugak sebab chicken pox aku ni jenis blister yg besar2, so takde la tumbuh banyak sangat…pastu takde la banyak parut sangat..yg tu aku suke…hehehe…

lagipun…kalau fikir2 balik, memang each one of us wajib rasa “kesengsaraan” kena chicken pox tu…hohoh..tragik betul bunyinye…take it as a life experience la…hidup ni kalau happy n sihat je memanjang tak best jugak kan…sesekali bile time macam ni, ade la jugak masa nak muhasabah diri sikit…betul tak??

silverlining

every cloud has its silver lining…terkadang tu kita banyak sangat fikir yg bukan2 bile something happened to us…tu yg jadi stress bagai tu…macam aku ni la…aku rasa kena banyak2 fikir positif la…bila ade masalah sikit, jangan cepat melatah…yang penting redha and tawakal…kena yakin yg Allah lebih tahu ape yg terbaik untuk kita…mungkin kita tak nampak hikmahnye sekarang, mana tau ade good things yg menunggu kita kan??

 

tapi sekarang ni pun tesis aku pun tak siap2 lagi…bile tengok kengkawan lain mostly dah nak siap, aku tak dapat lari dari rasa stress…insecure…worried…tak tau la…kadang2 tu aku rasa macam dah lost interest je dgn tesis aku ni…masa pun makin suntuk…aku harap sangat2 yg aku sempat siapkan labwork tesis aku tuhh…dengan manuskrip n lit review lagi…desperately in need of patience, faith and sanity rite now…Ya Rabb, please spare me some strength to endure all of this…Amin..

2013-10-25 09.55.18

terkadang aku rasa penat dgn benda ni sume…ape lagi bile result yg aku dapat tak cantik sangat…pastu kena repeat balik…dengan masa yg limited lagi…really hope that eventually everything will go as what I plan earlier…may Allah ease everything…till the very end..

 

okey la…aku ni dah melebih2 taip panjang berjela pulak…biasa la..kau bayangkan dah berkurun tak berblogging kan, haruslah banyak benda yg kau nak cerita…kalau ikutkan ade lagi 50 pages lagi ni…hahaha..

orait la…gtg…report attachment hari tu tak siap2 lagi ni woiii…weekend pun macam bukan weekend je…rasa kejap sangat..rasa macam…takde life je sekarang ni…ohhhh bertahan la bertahan la wahai diri…sikit je lagi…ganbatte hwaiting!!

 

(Rx : at least, now I feel slightly relieved after writing all these..)

p/s : gambar takde kaitan pun dgn entri… XD

MomanCamera_20131115_001619

at last!!!!dapat fe-feeling pakai hanbok!!!muehehehe… **aku dah mereng**