Friday, August 15, 2014

after a long hiatus : Aidilfitri 2014

 

Assalamualaikum. hai hai. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir batin. masih relevan lagi kan? Syawal masih bersisa lagi nih. ^^

IMG20140728171020

opening yang sangat mysterious giteww… ;p

lame gile kan tak update. ni kira yang paling panjang punye hiatus lah. sampai hampir je lupa yg aku ade blog. haha. kira dah bersawang dah blog ni. tak tau la ade orang datang jenguk ke tak kan.

since dah hampir 4 bulan aku tak blogging maka paham2 la kalau ape yang aku tulis ni macam hambar ke ape. ni nak tulis ape pon aku macam slow motion sikit. idea nak menulis tu tak berapa nak ade. nak kata writer’s block memang tak la. aku ni bukannye novelis ke ape kan. haha.

sooo nak story pasal ape ek. okey. first of all just nak bagitau la yang alhamdulillah aku dah officially graduated. setelah berhempas pulas dengan segala macam dugaan dan cabaran (cewahhh) finally dapat jugak aku Tamat Dengan Kepujian. syukur sangat. huhuhu. **nanges terharu. Thank you to all. Thank you UKM. sekarang ni tinggal nak tunggu konvo bulan 11 nanti la. interview SPA yang macam hape tu pon dah settle. doa2 dapat la tempat posting yang dekat2. Amin.

sepanjang cuti ni pun aku just dok kat rumah je. nak keje macam entah la. tak tau nak keje ape. hahaha. (cakap aje la malas kan…). takpe masa ni la kan nak nikmati cuti sepenuhnye. dah keje nanti nak dapat cuti pon susah. ye dak? haha.

move on to cerita pasal raya. tajuk pun Aidilfitri kan. so tak sah la kalau tak update pasal hari raya. basically hari raya aku sama je macam raya yang lepas2. agak membosankan. like always. haha. the perks of being me. membosankan as it is. harharhar **gelak hambar

tapi raya tahun ni ade peristiwa malang yang berlaku. to me. on the very first day of Syawal. and I thought it would ruin my whole raya. iye la. raya pertama kot. kalau raya pertama dah ruined, rasanye raya2 berikutnye pasti terasa hambar. bagi aku lah. orang lain tak tau la.

so ceritanye begini. al-kisahnye. di pagi raya yang hening, (takyah dramatik sangat la kan opening tu) family mertua aku, eh salah. mertua abang aku munjung. ketupat, lodeh, ayam masak merah and sambal udang. perghhh memang juling la mata aku kan. saliva dah meleleh-leleh. (hiperbolasepak yg over). entah kenapa aku gerrrrram sangat tengok udang tu. so secara tak sengajanya aku pun termakan udang tersebut. sekor je pon. aku fikir takpe la kot. maybe takde efek sangat pon.

malangnye, nasib tak menyebelahi aku. lebih kurang sejam kemudian, aku dah terasa lain macam. rasa macam senak semacam je. bukan sakit perut. tak tau la nak describe camne. tapi aku rasa aku pernah alami keadaan camni. ah sudah. allergic reaction dah start. aku ingatkan alergik biasa2 je kan. sekalinye suddenly aku sneezing dengan agak teruk continuously. tanpa henti. ade la dalam 10x tanpa henti. dalam hati memang aku dah cakap : I’m dead. totally dead. habislah raya aku tahun nih. lepas bersin tu, memang guwa selesema terus. mula2 runny nose je lepas tu terus abruptly blocked nose. gile ahh susah kot guwa nak bernafas. dah la kebetulan masa tu jugak aku dapat rasa yang tekak aku bengkak semacam dan sakit. aku nak telan saliva pon rase sakit. gile. memang gile. aku fikir Ya Allah, aku kena anaphylaxis ke ape nih. jangan la sampai sesak nafas ke ape. ni dah la first raya. mana ade klinik bukak. time tu memang aku dah nangis macam ape dah. kau bayangkan dengan keadaan macam tu tambah lagi dengan nangis, macam mana la kau nak bernafas. so aku try calm down. aku cepat2 cari antihistamine. harap2 dapat la lega sikit kan.

tapi condition aku still sama. aku dah mula panik. aku cari Vicks sebab sumpah aku susah gile nak breathe. nak cakap pun macam tak bape nak kuar suara. masa tu la aku baru confront depan family aku. tadinye aku dok diam2 dalam bilik je. takut kena marah. huhu. ye la. dah tau takleh makan udang pasal ape kau gatal pi makan udang kan. memang digging your own graves la kan. and time tu la Vicks takde. bapak aku suruh sedut minyak YuYee dulu. alhamdulillah. okey sikit. dan tak lama pastu, my condition became better. cumanye the after-effect tu aku perasan yang mata aku bengkak sebelah. uwaaaaaa. cepat2 aku tonyoh dengan ais. harap2 it will subside lah. ye la. nanti habis le gambaraya aku tahun ni. a’ah gambarraya jugak yang aku kesahkan. tak fikir yang tadi separuh mati jugak la kena alergik tuh. =,=

memang. aku taubat dah. aku takkan sentuh lagi binatang yang bernama udang. rasa sedap tu sementara je. kesengsaraan yang menanti tu yang berkekalan. tak sanggup lah aku nak lalui peristiwa ngeri tu lagi. T____T . syukur alhamdulillah everything go back to normal. memang la aku kena bebel dengan parents aku pastu. takpe la. take it as a lesson.

and syukur jugak yang bengkak kat mata aku tu berkurang sikit. takde la obvious sangat dalam gambar. plus aku dah cover dengan eyeliner yang bapak tebal. hahaha. cuma tu la. sebab aku, kitorang gerak lewat sikit gi rumah nenek guwa. sampai sana pun dah tak berapa nak ade orang sangat. tskkk

dan hasrat aku untuk berselfie sakan terkubur begitu saje. tapi nama pun raya kan. nak tak nak mesti kena ambik gambar jugak. haha. before raya tu beria tau aku beli monopod bagai. haha. akhirnye tak gune sangat pon. takpe la. kite guna untuk konvo nanti. **be positive**

***sedar tak sedar panjang jugak aku membebel nih. boleh buat cerpen dah rasenye citer aku ni. tajuknye Tragedi 1 Syawal. haha**

so tanpa membuang mase, moh le kite tengok gambaraya aku tahun nih. eh aku dah citer ke yang aku dah jadi seorang makcik? heheh. alaaa kat twitter dengan instagram tu aku dah selalu dah post pasal my very first nephew tu. Iman nama dia. raya ni ade la masuk 5 bulan camtu umur dia. lebih kurang la. ^__^

 

gambaraya 2014

tahun lepas bertujuh. tahun ni berlapan. tahun depan?? ehehe. harap maaf. gambaraya memang takde yang proper punye. haha. ni paling okey la kot.

 

presenting…baju raya saya tahun ini. baju raya yang aku beli paling awal. tanpa berfikir panjang. and yeah. it matched me well. muahaha. and aku baru je nak berjinak-jinak dgn inner silang. surprisingly it matched me well too!!hahaha. suke suke suke!! nampak slim sikit muke guwa. ^^

IMG_20140728_164601

handbag & kasut recycle. shawl free. bagus tak bagus tak?hahaha

IMG_20140801_133521

gambaraya bersama Iman. he’s too cute. I cant have enough of him. ><

 10413037_324960984329281_905322729_n

IMG20140728115834 IMG20140728151647

some of the photos that day. walaupun baru je recover tapi aku tetap meneruskan misi untuk ambik seberapa banyak gambar yang boleh. even tak gune monopod pon takpe la. kekekeke

pssttt mata bengkak tak obvious sangat kan??hahaha

 

okey. setakat ini dulu entri aku buat kali ini. tak larat lah nak tulis bebanyak. nanti bile2 kalau aku free or rajin aku update la lagi. haha.

annyeong!!

0 hot people like this: