Thursday, February 20, 2014

Cita-cita

 

Assalamualaikum.

hari ni kite letak tajuk pendek je. selalu kemain panjang gile sampai dua tiga baris kan. kali ni tidak lagi. fullstop pun kita letak satu je. ha.ha.ha.

semester baru. juga semester terakhir. hendaknye la. Insyaallah. doakan la ye… ^^

 

so hari ni aku terfikir nak tulis pasal cita-cita. lepas baca cerpen Anak Dinihari dalam buku kumpulan cerpen Nadia Khan. wahh maju tak aku? seorang yang selama ini terkenal dengan jiwa jiwangkarat sudah bertukar menjadi seorang yang berjiwa urban giteww. eceh bukanlah bertukar terus. cuma sesekali tu kita nak tukar angin orang cakap. ye la dah terlalu lama mengadap cerita2 jiwang kan. novel jiwang. tengok tv pun drama jiwang. yang selalunye ending dia kita dapat predict. klise. hehe. (wahh tiba2 aku rasa gaya bahasa kau dah jadi ala ala urban gituuu..kahkahkah)

C360_2014-02-19-16-39-57-021

buku fixi pertama aku. eh yang aku baca. what impressed me is penulis adalah seorang budak medik. dah grad la. well sape cakap budak2 kesihatan tak boleh berkarya? hehehe

 

dulu. cita-cita aku bukanlah nak jadi seorang ahli farmasi. aku tak tau pun yang keje macam tu wujud kat dunia ni. haha.

antara cita-cita yang pernah singgah dalam fikiran aku adalah:

1) Guru :

cita-cita ni aku tanam sejak darjah satu lagi. time umur kau 7 tahun, what do you expect kan. aku rasa karier ni la yg paling dekat dengan jiwa budak2. sangat klise you know. masa tu la kan. but then semakin aku membesar, semakin aku sedar diri. aku ni mana la layak nak mengajar orang. kang tak pasal2 kena buli dengan anak murid ade la. tskk. so cita2 tu pun terkubur begitu saje.

 

2) Doktor :

satu lagi cita2 yg sangat klise. biasa la. zaman budak2 dulu kan selalu main pondok2. main doktor2. haha. tapi in the end, cita2 ni pun terkubur jugak. sebab aku rasa aku tak mampu. walau semua orang mempersoalkan kenapa aku tak nak ambik medic. ehh biarlah. yang nak belajarnya aku. yang stressnye aku jugak. bukan dorang pun. lagipun aku semacam mendapat satu petunjuk time kat matrik. masa tu ade eksperimen nak test our own blood group. yang kita kena cucuk jari sendiri. gile ahh. aku hampir pitam kot. nak kata aku takut darah, tak kot. tapi entah. jiwa aku tak kental kot. so di sini aku dapat rasa yang aku takkan mampu utk menempuh semua tu. dengan bedah2 mayat la ape la. memang tak la kan..

 

3) Penulis :

cita2 yang ni lain sikit. hehe. dulu time sekolah aku memang suke sangat menulis. esei la. cerpen la. pernah nak tulis novel, tapi tak pernah siap. haha. ingat senang ke nak jadi penulis ni. imaginasi kau kena tinggi. kena ada kotak imaginasi spongebob kalau boleh la. memandangkan imaginasi aku ni sangat terhad, so aku simpan je la dulu cita2 ni. tapi sekarang ni dah consider aku ni penulis jugak la kan. penulis blog. blogger. even aku cuma sekadar blogger picisan yang banyak merapu dan syok sendiri sahaje. takde orang nak baca. tapi tak kesah la kan. at least cita2 aku tu dapat jugak aku tunaikan secara underground. mana tau lepas ni aku jadi penulis buku fixi pulak kan. eceh. itu sangat la overbroad. aku belum lagi mampu mencapai tahap pemikiran sebegitu. eheh.

 

4) Arkitek :

okey ini sangat rare okeyy. mungkin sebab dulu dulu aku suke sangat lukis gambar2 rumah. habis buku tulis sekolah aku lukis rumah2 idaman aku. nak bilik tidur camne. ruang tamu camne. sume la. lepas tu fikir nanti dah besar aku nak design rumah sendiri. gituuu kan. tapi again. yang ni pun tinggal kenangan je la. cuma sekarang ni aku still melukis lagi. bile aku ade mood la. but now lebih kepada kartun2 la. kadang2 menjadi. kadang2 aku pun tak tau ape yang aku lukis. haha

 

setakat yang aku ingat ini je la cita2 yang pernah aku impikan pada suatu ketika dahulu. haha skemanya bahasa. dan dalam banyak2 tu, menjadi seorang pharmacist takde pun dalam list.

sampai sekarang sebenarnye aku masih tak sure. betul ke pilihan yang aku buat ni. tapi yang pasti aku go on je la in the meantime. apa2 pun tawakal je la. mohon sebati dengan jiwa raga hendakye.

 

 

well berbalik pada cerpen Anak Dinihari tadi. aku cukup bersetuju dengan penulis. selalunye bila dapat result yang gempak, kita seakan-akan sudah terikat dengan certain choices of career. sama ada doktor, loyar, jurutera, akauntan dan yang sewaktu dengannye lah. kononnya karier yang macam ni je yang mampu menjamin masa depan. betul ke? entah. terpulang pada pendapat masing2 la kan.

pada aku, kalau dah tak minat tu jangan la dipaksa-paksa kan. macam kes aku tadi, aku bernasib baik la sebab dapat parents yang open-minded. suka hati kau la nak jadi ape. asalkan jadi orang. jangan jadi mambang. haha.

macam dalam cerpen ni, Amir berkeras nak ambik jurusan falsafah despite of his excellent result. pada pandangan orang, kerja ape la yang kau boleh buat dalam bidang falsafah ni kan. tapi, Amir berjaya buktikan yang dia jugak boleh berjaya. asalkan kita betul2 minat dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu, Insyaallah rezeki tu akan datang jugak. macam si Amir ni, dari seorang penulis blog terus dapat tawaran jadi hos rancangan tv. kan untung tu. kontrak beribu riban dapat. glemer pun dapat. ahakss. tu yang penting. haha.

 

cita-cita tu senantiasa berubah. jadi tak payah nak gabra sangat la kalau kau belum ade cita-cita yang tetap. haha. lama-lama nanti tau la. **macam ye ye je**

 

P_20140131_185759

wat lek wat peace. yang penting kite enjoyy!!!  ^__^